2.11.09

My Third Trip To Singapore

Salam...

Huiiii..dah lama tak update blog..rasanya lebih sebulan kot..bukannya apa..tak banyak benda yang nak di story mory kan..however..couple of weeks ago..kami ada travel fair kat Singapore..sama cam tahun lepas jugak..cuma kali ni buat kat Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre..Suntec City la senang cita..compared to last year, this yer punya crowd lebih besar..ramai gila orang datang sampai nak bergerak pon susah..especially petang..so sangat happy..walaupon kami cuma managed to sell 1 fridge magnet jer..tapi kami tetap happy..sebab at least kami dapat banyak potential customer yang mungkin akan membanjiri tempat kami cuti sekolah ni..

Gambar tak la banyak sangat..sebab mood nak ambik gambar tu takdo memandangkan tak berapa sihat masa dok kat sana..tetiba kena flu..bukan H1N1 ya..tapi mungkin sebab tukar angin kot..so tak berapa nak best la sebab tak sihat..sungguhpon begitu aku ni sempat la jugak bersoping moping kan..sempat sekali lagi berkunjung ke Mustafa Centre kat Serangoon tu..n jugak Arab street..tapi tak beli kain sebab aku merasakan yang most of the textiles are not updated..tahun lepas aku tengok kain tu..tahun ni pon sama jugak..tak macam kat Kelantan..every month design baru..hmm..

Walau apa pon..trip to Singapore kali ni best..penat tu memang penat..sangat2 penat..mungkin sebab aku tak sihat sama..Gambar nanti aku akan cuba upload ya..actually seronok bila dapat buat keja luar macam ni..tak kisah la dalam Malaysia ke luar ke..sebab disamping keja..aku jugak bleh jalan2 tengok tempat orang..kira curik2 masa la..secara tak langsung aku kira pegi holiday jugak la kan..keja aku pon bukan la susah mana pon..

Lepas ni plan nak pegi Cameron..dah lama gila tak pegi..last aku pegi tahun 2oo1..so plan nak pagi sekali lagi..mungkin dalam Dec..tunggu adik aku balik dulu..till then..tarra..

3.10.09

Raya 2009

Salam semua..


Mood raya masih ada lagi kah?..Jemputan Rumah Terbuka banyak lagi ni..mana bleh ilang mood raya kan..as for me..biasa2 saja..sebab aku ni jarang2 pegi Rumah Terbuka ni..malu la katakan..i ni pemalu orangnya..agak terlewat aku ni nak update pasal raya..tapi tak bleh dikira basi lagi la sebab raya pon blom habes lagi..

Actually raya tahun ni biasa2 ja pada aku..mood aku nak raya pon actually tak la seghairah tahun lepas..tahun ni aku tak rasa pon nak raya..tak tau la kenapa..kakak n adik aku buat baju raya kat butik bermanik berkerawang sulam bagai..aku..antar kat Cik Yus jer..malas nak buat baju raya..tapi dalam malas2 nak beraya tu 6 jenes kuih raya aku rembat..tahun lepas aku beli kuih traditional je..tahun ni kan main lagi..semua chocolate type..huhu..

Raya tahun ni aku sembahyang raya kat Masjid dekat rumah aku..first time..selalunya aku sembahyang raya kat surau taman perumahan lama aku dulu tu jer..tapi tahun ni ntah la..tetiba aku rasa nak sembahyang kat masjid..aku pegi ngan adik au jer pon..kakak aku coti umum plak..mak aku sakit lutut..so aku kentalkan semangat nak berebut2 sembahyang kat masjid..gigihkan aku..

kami pegi agak lewat..so kami dapat tempat dekat2 dengan pintu pagar masjid..kira adik aku hamper2 nak sujud atas tar parking masjid..kesian kan..cam tu la keadaannya kat masjid tempat aku tu..orang ramai sungguh..pertama kali dalam hidup aku sembahyang berbumbungkan langit..huhu..aku doa2 semoga tak hujan..kalau hujan naya kami..nasib baik mendung light2 ja..Alhamdulillah tak panas..

Pas sembahyang kami terus pegi rumah mertua Kak Na nak ambik ketupat..sampai sama dia dah sesedih bergenang air mata..tahun ni dia beraya dengan ketiadaan makcik (mak dia)..nak buat cam mana..yang penting dia pulang dengan baik dalam bulan yang baik..kiat yang hidup ni kena la banyak berdoa dan sedekah kan rohnya..

Pas ambik ketupat aku pecut baik rumah..sampai rumah ayah ku dah sampai balik..so mak dah sebok panggil nak beraya..ni la sesi yang paling aku tak berapa nak best..bukannya apa..aku tak suka nangis2 ni..tapi aku ni kental..tak nangis punyo..huhu..


Mak & ayah aku bersalaman..dua2 tiap2 tahun salam pagi raya musti nangis punya..suami isteri musti kena nangis2 each other ka kalau salam..tragis plak aku tengok..



Kakak aku yang emo memang biasa..saja2 pon dia nangis tak payah tunggu nak salam raya..orang lain salam dia yang nangis..emo sungguh..




Aku yang cool..nangis2 tak main..kental neh..


Yang ni anak manja ayah aku..senyum lebar ja..



**kenapa gambar aku kissing2 takde yang lain suma ada..mana leh letak..tak rock arr..gambar mak aku ngan ayah aku kissing2 tak leh arr letak..2 exclusive 2..


Dah sudah suma..sesi makan plak..actually kami dah kira 2nd round..sebab sebelum pegi sembahyang raya kami dah makan dulu dah..menu utama yang mesti ada setiap tahun pagi raya adalah tosei, idhli, rendang & kari ayam..dari kechik lagi memang tu la menu dia..wajib ada..tetiba ayah ajak pegi rumah tok aku..nak pegi kubor arwah tok wan..so kami pon beramai2 penuhkan kereta balik kampung ayah aku..dalam perjalanan singgah kat kubor..

Tak lama kami kat kampung..ayah ada nak pagi mana ntah..so balik rumah balik..pegi beraya rumah jiran sebelah plak..raya pertama tak la meriah mana..biasa ja..nak kata ramai datang rumah tak jugak..aku abihkan masa dengan tengok tv..

Raya kedua kami balik kampung belah mak plak..tapi balik sana pon dah petang..sebab raya ketiga kami nak buat open house..so nak kena prepare everything sebelum nak pegi mana pon..menu yang ada nasi beriyani, ayam masak merah, kari ayam, roti jala, laksa, spaghetti, satay, nasi impit, dadih & puding..ramai gila tetamu sampai tak cukup lauk..memang ramai tetamu datang ke rumah tahun ni..dari pagi sampai malam..aku ingat sampai raya ke 5 pon masih ramai lagi tetamu yang datang beraya..selalunya raya ke 3 tu jer last orang datang rumah..tapi tahun ni memang ramai..tu yang membuatkan aku nyesal tak buat baju raya..huhu..sedih tau..tahun ni sampai nak jalan raya pon tak nyempat..raya ke 6 baru la nak berjalan2..tu pon pegi Kuala Kangsar rumah kakak angkat mak aku..pastu kami lepak rumah..letih..

Aku harap tahun2 mendatang ramai gak tetamu berkunjung ke rumah aku..tak macam 2 3 tahun lepas..takdo sapa pon datang rumah..sedih..


P/s: Gambar ni ja yang ada..aku tak ambik gambar pon raya..masa open house pon tak ambik..tak nyempat wei..open house aku tak nyempat nak ganti baju raya pon..seluar ngan tee jer..dah macam maid dah..

18.9.09

Salam Aidil Fitri



Get more Hari Raya : Click here
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA

Jari disusun maaf dipinta andai sepanjang ber'blogging' ni ada entry2 yang mengusik jiwa menguris perasaan kalian semua..aku seorang insan yang sangat tidak sempurna (bukan cacat ya)..sering melakukan kesilapan..aku harap, Syawal tahun ni membawa sejuta rahmat kepada kita semua..buang yang keruh ambik yang jernih..bermaaf-maafan la kita semua ya..

17.9.09

Boleh ke curik2 line telefon ni...?

Salam Semua !

Pagi2 morning lagi dah dapat email dari seorang teman yang tak jemu2 hantar email walaupon aku jarang2 nak balas..tapi email kali ni cam dah berjaya mencurik perhatian aku..tapi aku masih meragui kesahihannya sebab aku pernah beberapa kali dapat email macam ni dalam pelbagai versi dan juga subject..tapi tak salah kita kongsikan dengan orang lain kan..mana tau betul ke..soal betul ke tak korang nilai sendiri la ye..


Please note this carefully:
If you receive a phone call on your Mobile from any person saying that they are checking your mobile line or going to give you some offer/ prize, and ask you to press #90 or #09 or any other number. End that call immediately without pressing any Number. There is a company in Pakistan that is using a device that once you press #90 or #09 they can access your SIM card and make calls at your expense. They are misusing it to make calls from Indian numbers. Forward this message to as many friends as u can, to stop it. This information has been confirmed by both Motorola and Nokia... There are over 3 million mobile phones affected by this. You can check this news at CNN web site

16.9.09

Jangan pakai lipstick nanti batal puasa

Info ni aku dapat dari blog seorang teman, Shaferlicious..thank ya sebab kongsi info yang berguna ni..


Actually aku pernah terpikir pasal benda ni..tapi aku buat bodoh jer sebab aku tak rasa penting sangat..tapi tak sangka sebenarnya benda ni memang salah pon..tapi aku ni bukannya jenes yang suka conteng2 muka..so tak de la masalah besar pada aku..cuma hari tu masa awal puasa aku kan deman campak seminggu..so bibir aku cam kering la kan..so aku apply la lipbalm..masa tu aku tetiba terpikir batal ke tak puasa kalau pakai benda tu (walaupon sebenarnya aku tak puasa pon)..dengan adanya article ni maka aku harap kita semua jangan buat2 lupa atau tak tau..kang tak pasal nak kena ganti puasa sebulan plak..sanggup ke..?..

Article from: Berita Harian Isnin 24/08/09


Memakai gincu boleh batalkan puasa?

Soalan ini sering ditanya setiap kali Ramadhan. Sesetengahnya menganggap ia dibolehkan kerana gincu sekadar dicalit pada bibir dan tidak kurang juga yg mengatakan ia tidak dibenarkan kerana takut tertelan gincu khususnya apabila bibir kering, secara tidak sengaja kita cenderung melembabkan bibir dengan lidah.

Penceramah bebas, ustaz Zawawi Mohd Yusof, berkata..

Gincu boleh larut dalam air liur dan mungkin boleh menyebabkan puasa terbatal.Justeru beliau menasihatkan wanita mengelakkan memakai gincu ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan puasa terbatal.

"Kalau boleh tidak payah pakai gincu apabila berpuasa. Apatah lagi gincu itu mempunyai perisa atau bahan yang boleh menyebabkan puasa terbatal apabila ia larut dalam air liur dan kita menelannya.Begitu juga dengan pelembab bibir yg digunakan untuk mengatasi masalah bibir. Bibir kering memang biasa pada bulan puasa kerana tubuh kekurangan air. Ini juga adalah cabaran pada bulan suci ini" katanya.

Berhati-hati di jalan raya

Morning Everyone !

Apa kah perkabaran anda semua..wah dah macam zaman parameswara plak dah bunyinya..cam mana ngan persiapan raya korang suma..mesti suma dah ready kan..lagi 3 hari nak raya tu..mungkin ada yang start cuti..yer la kan nak balik kampung lagi..nak plak yang dok jauh2..bila balik kampung tu beringat2 sama..jangan bawak kete laju2..jangan gelojoh sangat bawak kete kalau yer pon tak sabar2 nak balik kampung..kampung ko tak lari ke mana pon..bawak slow2 secara berhemat dan ingat lah orang tersayang..


Nak senang lepas sahur tu ko gerak..tak la sangkut dalam lautan kenderaan kan..bila2 terasa ngantuk tu berhenti..rehat ke tido ke kan..jangan ko bawak gak..kang ko rodok divider to sapa yang susah..ko, keluarga ko, polis, ambulance, bomba and PLUS gak susah..kalau gamak isteri ko ke adik ko ke sesapa ke yang bleh bawak kete..tukar2 la dengan dorang..jangan concer sorang jer..kalau yer pon ko tak nak kasi orang bawak kete ko ingat2 sama keselamatan semua orang yang ada dalam kete tu..


Tetiba plak aku ni terkenangkan hal pagi tadi..Kak Na tetiba call cakap ada jiran dia (aku kenal jiran2 dia semua walaupon dok lain2 taman) kematian suami..memang sebelum ni dia ada bagitau pasal suami Kak Jah (jiran Kak Na) tu yang accident..tapi aku tak tanya lanjut la sebab ingat cedera ringan je..sekali pagi tadi dia cakap dah ninggal..kesian..anak kechik lagi..nasib ada 1 jer anak..apa yang aku kesal sangat..suami dia ni kena langgar lari..ntah kete mana ntah la dan rodok motor dia..dah tu blah cam tu je..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..


Kepada orang langgar orang n lari tu..ko bleh lari dari hukum dunia..tapi ko rasa ko bleh ke lari dari Hukum Allah..ko rasa..?..bleh ke..?..rasa bersalah tu akan ikut ko ke mana jer ko pegi..dan tunggu la balasan Allah atas apa yang ko buat tu..


Dekat2 nak raya ni macam2 bleh berlaku..jangan over seronok or gelojoh sangat bawak kete ke motor ke..malang tak berbau..so hati2 la semua ya..walaupon ko nak drive pegi kedai kat hujung taman tu pon..Selamat Hari Raya..


15.9.09

My Not-So-Cute Cushion Cover- Red & White Chilly Pepper -Finished

Hello Semua..


Kalau masih ingat pasal aku punya latest cushion cover yang merah menyala tu ni adalah sambungan dari entry hari tu..bukannya apa..aku kan belom siapkan yang bahagian belakang dia..so ni la nak update skit kesudahan cushion cover aku tu..haih..berpinau gak la mata..akhirnya siap..



Untuk menyenangkan aku nak kait lubang butang dia..aku guna jarum biasa untuk buat asas dia..nak guna jarum kait tu susah..habes berlubang kain dia.






Kat lubang butang ni tak susah lagi la bila dah buat asas pakai jarum biasa.



Siap 3 lubang butang..



Aku guna butang yang agak kechik..sebab butang besor dah abes..lupa nak beli lagi..



Siap Sudah..yeahhhhh...!!!

Welcome to the Felt World to myself

Salam semua..


Ada 2 3 ekor animal kat situ dibuat oleh adik aku..


Aktiviti kerjatangan aku berkembang lagi..kali ni aku cuba2 jahit softie guna felt n stuffed with poli fiber..baru2 nak belajar..so huduh la nampak..huhu..tak kemas..saja nak cuba2..tapi ntah la aku nak buat apa dengan semua tu...mungkin simpan buat pameran dalam almari..felt ni aku beli online kat blog Mscraft Shoppe..actually dah 2 3 bulan dah aku berjinak2 dengan felt world ni..aku pon ada coba2 jahit kat tee..test tengok ada bakat menjahit tak..huhu..tak do la elok mana..tapi at least aku belajar something yang baru..









Yang ni kira akunya peberet la..yang ni antara yang latest..dah cam upgrage skit..huhu..walaupon can buroks ja..aku tetap suka..sebab aku yang buat..kalau ada yang cam menyampah nak tengok..jangan tengok ya..buat bodo jer..ada 1 lagi projek tengah berjalan..tapi tu akan diupdate lepas raya..

Coins Sling Pouch

Lagi hasil kerja tangan aku..hehe..



Ok..yang ni rasanya lama la jugak siap..ni bukan la idea asal aku..sebenornya..adik aku yang tetiba cam teringin nak belajar..sebab aku bagitau dia yang cousin sis aku datang umah seminggu ja dah siap satu cushion..so dia cam nak jugak la belajar..kononnya la..elok dah masuk row ke 3 dia dah cam malas..ajar pon dah cam tak masuk dah..aku plak cam hangin2 nak ajar dia..so aku cadangkan tak payah la dia belajar..sebab dia pon cam hangat2 taik ayam jer..panas memula..bila cam susah skit dan cam nak give up la apa la..so aku take over la..memandangkan masa tu aku ada project lain gak tengah buat..so aku cadangkan aku buat kat dia coins pouch..tapi jenis boleh sling la..dia kata ok..so aku teruskan ja la..nak buat tali dia tu yang pening kepala..sebab panjang kan..hmm..so ni la rupanya..ok ke?


11.9.09

Lagi cushion cover dari aku..

Hello semua..




Actually yang ni dah lama gila siap..aku buat right after aku siap yang warna pink dulu..cuma..nak cari kain kapas yang color coklat tu yang susah..takde kot aku rasa..sebab merata dah aku cari takde..warna putih pon aku tak jumpak..so dok dalam gobok burok aku la nampaknya selagi aku tak jumpak material lain yang sesuai..korang rasa kalau aku guna kain kapas warna kuning air as dia punya sarung ok tak?..suggestion please...

9.9.09

My Not-So-Cute Cushion Cover- Red & White Chilly Pepper

Olla Peep-pals!


Dah lama dah blogging pasal activiti seni aku kan..chewah seni kah?..maksud aku activiti crochet aku tu la..actually bukan la aku dah tak active..tapi cuma malas nak update pasal ni..tapi memandangkan dah takde benda aku nak merepek..so aku nak update la skit pasal project2 hasil seni tangan aku yang tak berapa nak seni ni..aku masih active buat sarung bantal yang half crochet tu..kalau dah tak ingat cam no rupanya click kat sini..

Takdo la cantik mana pon..tapi aku suka ja buat..sebab senang..kira kalau ko focus tu je tak makan tak minum tak apa bleh siap dalam 3 hari..complete dengan sarung dia sekali..tapi aku ni ambik masa dekat 1 week gak la nak siapkan..ya la..habes aku tak payah buat benda len lagi la..nak ngadap tu jer (walaupon hakikatnya aku memang takdo benda nak buat pon..hehe..)..mungkin disebabkan sindrom M makanya benda tu makan masa nak siap..huhu..





So ni la rupa cushion cover yang aku maksudkan..actually yang ni lain skit dari yang dulu tu..sebab dia macam ada renda plak kat tepi..kalau yang dulu skit jer renda dia..yang ni sebab terkechik skit sarung dia tu..salah ukuran aku rasa..memula tu aku ingat nak buat lain je..tapi ayah aku plak soh buat cam ni..dia kata lagi cantik sebab ada ribbon2 kat tepi...ribbon?..mungkin dia nak kata renda kot..tapi terkata ribbon..apa2 ja la..tapi lawa gak cam ni..pada aku la..so yang di dah siap..dan aku tau dah yang cushion cover ni takkan lama kat rumah aku..ada ja mata2 yang nak ni..maksud aku kakak n adik aku la..yang dulu tu aku pertahankan..so selamat..yang ni tak tau la..mungkin aku akan let go kat dorang kot..sebab ada satu lagi..warna yang sama..cuma mungkin susunan color dia ja akan lain skit..pattern masih pattern tu..sebab senang kan..

Material yang aku guna masih sama..knitting yarn n kain kapas..butang plak butang besa jer..opps..yang ni blom siap sepenohnya..sebab aku blom kait untuk letak butang lagi..mungkin malam ni aku akan kait..semalam baru aku ambik kat Abang Wan Alteration..yer memang la aku ada mesin n bleh jahit sendiri..sarung tu memang aku yang jahit..tapi nak satukan crochet tu ngan sarung tu aku kena soh orang pro buat..kang tak jadi sarung bantal plak kalau aku yang jahit..herot benyot plak..maklum la..masih terketor2 menjahit pun..heheh..

Okes la..lapor la..huhu..tarra..

Here come special serunding in town !!!

PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY YA..
Free ad..Tolong Promo untuk Mrs Manager n June ni..


MUST TRY !!!!!


Puasa dah masuk minggu kedua..baju raya tak yah cita la kan 2 bulan sebelum puasa dah pegi antar kat tailor..tailor2 zaman sekarang sebulan lagi nak puasa pon dah tak mau ambik tempahan lagi..bab kueh raya dah nak kena pk dah..most of pengusaha kueh raya dah start ambik order dari awal puasa lagi..ada yang sebelum puasa dah start promo n ambik order..zaman sekarang jarang dah orang buat sendiri..main tunjuk2 jer..tu kueh raya..apatah lagi lemang, ketupat, rendang n serunding kan..lagi la ngeri nak buat sendiri..ingat senang nak cari orng yang leh buat sedap gilos cam mak2 n nenek2 kita buat dulu..ada tu ada..1 dalam 10 ribu..ha engkau..mana nak cari..takkan nak travel 2 3 ratus km semata2 nak cari satu barang..kan..especially serunding la..memang la kat tempat korang ada..tapi paham2 jer la..bila dah banyak2 tangan ni..harga melambung la..nak murah kena pegi kilang dia la yer..tak pon ko buat sendiri..masalahnya..rajin ker..ahahah...susah...orang utara kata renyah..banyak proses..

Sebut pasal serunding..ni nak promo..Mrs Manager n June tengah buat bisnes serunding sekarang..aku dah rasa memang sedap..lain dari yang lain..ni serunding dari Kampung Laut, Kelantan..ya ya aku tau kat Pasar Siti Khatijah belambak orang jual..yang ni tak sama ok..yang ni lain dari yang lain..kalah serunding2 yang ada kat atas pasar tu..kalau tak caya try la order n rasa..mesti nak lagi punya..

So for those yang berminat bleh la click url kat bawah ni..direct dari Kampung Laut, Kelantan tau..tak banyak tangan ni..so jual murah2 ja semperna raya..bleh beli untuk mak kat kampung..pada yang dah berkahwen tu..bleh la beli untuk mak mertua..bertambah2 sayang la mak mertua korang kat korang..

31.8.09

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

SELAMAT HARI MERDEKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA


DI PENTAS KEBEBASAN


Kamu membakar hutan bandar

Kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu

Siapa yang ditentang juga jelas

Menegakkan keadilan dengan tangan kasar

Meja rundingan pun turut dibakar


Seorang tua termanggu melihat kejadian

Peristiwa yang tidak terlintas di fikiran


Apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan

Kau bersorak bangga mematahkan


Aku yang mengecat tugu sejarah

Putih bersih sedap mata memandang

Kau conteng dengan niat hitam


Jari terketar tak mampu menampar

Tangannya letih hendak menangani


Mereka yang bingung di pentas kebebasan

Tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak

Sedangkan ladang sudah dibajak

Benih sudah dipilih untuk disemai


Orang tua itu berbisik sedih

Aku membina kamu meruntuhkan


KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Semadikan ia dalam jiwa serap dalam minda supaya tidak hilang jati diri tidak lupa asal usul serta pejuangan orang2 terdahulu menuntut apa yang kita miliki sekarang

30.8.09

Tenggelam timbul

Salam semua...!!
Lama sungguh tak update blog..kenapa ya..kerana malas..dan kenapa entry salam ramadhan pon lambat gilos..sampai dah masuk minggu kedua baru nak wish..kerana aku terlantar seminggu deman campak..so sekarang dalam proses pemulihan..campak tu dah takda..cuma nak kata bebetul sihat tu tak jugak..
Seminggu cuti..minggu ni kena la masuk office..lama sangat dah kot tinggal keja..seminggu jugak aku tak bawak keta..kuar rumah pon tak..dok dalam rumah ja..bila bawak keta jadi kekok plak aku rasa..tu baru seminggu..kalau sebulan ka setahun ka tak tau la macam mana..
Puasa tahun ni biasa saja..sama macam tahun2 lepas jugak..takdo yang special..cepat sungguh masa berlalu..rasa macam baru ja kita puasa hari tu..apa2 pon SELAMAT BERPUASA..SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA INI DENGAN PENUH KEBERKATAN..

Salam Ramadhan

Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters

Walaupon Agak terlambat tetapi aku nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua..

 
template by thecutestblogontheblock.com