14.8.08

Ikan Kembong Roti Sandwich

Penatnya..tengahari ni aku kuar dalam kol 2.00 untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh manager..dia bagi aku duit..soh beli ikan pari..nak buat masak asam pedas untuk group Road Runner esok..80 ketol ok..banyak tu..aku drive pg cold storage kat Taman Selasih nak beli ikan..sekali ramai giler org kat luar kedai..aku ingat orang ramai beli barang..maklum la kan musim kenduri dah start..tetiba ternampak kelibat beberapa orang polis beruniform..hmm..something's not rite..aku slow la sket depan kedai tu..tengok dorang sebok keluarkan barang..aku agak kena sita kedai tu..atau kene tangkap kes sorokkan barang..atau kene saman kes naik harga barang kawalan..atau jual barang seludup..banyak ATAU aihh..apa2 pon lantak ko la labu..aku call manager inform pasal benda ni..tadi manager aku call kedai tu ok jer..sekali aku pegi dah jadi cam 2 plak..then manager aku kata beli kat Kelang Lama..Kedai Shailo..

Aku pk alang2 dah pegi area tu baik aku singgah rumah Cik Yus jahit baju..nak ambik baju aku ngan adik aku yang dah berkurun siap..aku nak pakai untuk kenduri June lusa ni..pastu gerak ke cold storage 2..cari punya cari ikan pari plak takde..so aku menggunakan kebijaksanaan aku dengan membeli ikan kembong..50 ekor..yang besar2 tu..so malam nanti supervisor resort (Din) akan ambil kat umah manager aku..aku singgah jap kedai kat situ..beli roti gardenia..4 bantal tau..nak buat sandwich untuk esok..letih..malam ni tido tak bergerak la aku..ahahha..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...