17.9.08

Aku ni tengah busan tahap cipan..sebab kat tv pon takde rancangan menarik..so aku online and as usual..blog hopping (aku addicted kat satu blog ni sekarang..Love me -or- Hate Me..happening sangat..i will start browsing her blog whenever i'm feeling down..itu buat aku jadi happy balik..thee hee..so aku jumpak..ni entr yang terbaru..so thinking of doing this also as i have nothing to do plus bored..this is the result..



5 tabiat buruk anda time sekolah
1) Masa aku form 4 &5 kat teknik aku selalu tido petang..aku dok hostel ma..budak hostel memang suka tido petang..masa sekolah jer la..masa kat U aku la jagoh tahan tido petang..org suma tido aku sorang jer mundar-mandir dalam bilik nunggu dorang bangun..

2) Aku selalu ngantuk sampai tersengguk2 dalam kelas sampai ada sekali tu kene baling kapur ngan cikgu..thee hee..Cikgu Hassan..Cikgu Asas Perakuanan aku..

3) Dari form 3 sampai ke form 5 aku memang suka makan dalam kelas..mas aku form 3..aku sek Convent..Convent ni kan can strick sket kan..tak bolh makan dalam kelas..tak boleh minum dalam kelas..macam2 lagi la..aku suka makan sweets time cikgu ngajar..bawah meja aku tu memang penuh dengan wrapper dia..thee hee..setiap minggu aku akan beli sweet yang bungkus besar tu..time tu tak terpk plak aku kot2 kene kenceng manes ke kan..time cikgu ngajar aku buat2 cam menguap la..usap muka la..kat tangan pegang gula2..pastu 'ngap' masuk mulut..thee hee..aku dok depan sekali ok..kene cover2 sket..kelas aku plak banyak pengawas..majority pengawas dari kelas aku (sorang jer pengawas dari kelas sebelah..lain suma budak kelas aku..gila tamak cikgu aku..)..pengawas sek aku ni 'poyo2'..tak pasal aku kene pegi bilik cikgu disiplin Mrs D'lambert (betol ke aku eja nama dia ni)..habit ni membawak sampai kat U..tapi takde la nak cover2..bantai jer makan..siap makan kopok lagi..kawan aku siap makan nasik lemak lagi dalam dewan kuliah..gila melampau..

4) Masa form 4 ada pesta sukan sek..setiap rumah kene ada mascot..aku rapat ngan budak rekaan fesyen..so aku selalu lepak bengkel dorang untuk tolong cikgu buat mascot..mascot rumah sukan aku kure2..ninja turtle la kononya..warna hijau sebab aku rumah hijau (sekolah aku guna nama kayu..aku rumah cengal)..so aku selalu ponteng kelas untuk pegi tolong cikgu buat mascot..tu la alasan aku..thee hee..kelas yang selalu aku ponteng Math n Pendidikan Agama..actually aku suka ponteng kelas2 yang aku tak suka dengan bagi alasan ada latihan sukan..sebab aku ni active suka..hoki aku main, olahraga aku main..catur lagi (hey jangan pandang orang takde mata aku top 5 catur terbuka Perlis tau masa tahun 1999..BTW mak sek di Perlis nyah)..Sek aku memnag kuat sukan..so tak heran la kalau asal ada sukan jer muka budak sek aku berjebah kat padang..thee hee..

5) Aku tak suka buat nota..nota aku selalu tertangguh..kerja sek pon aku tak suka..aku selalu buat last minute (tapi tak pernah meniru org ok)..masa aku Form 4 & 5..takde dah kerja2 sek ni..nota jer banyak..org lain nota fancy2 penuh buku sampai 2 3 buah kepit sekali..aku..jangan harap la..especially account..jangan harap..thee hee..tapi aku lulos gak..

3 favourite subject anda… kenapa?
1) Sejarah..dari form 1 sampai form 3 la..form 4 & 5 aku tak ambik sejarah..aliran vokay tak diwajibkan..sape sek teknik SPM 1999 dan ke bawah (sebelum sijil terbuka) paham apa yang aku cakap ni..aku start suka sejarah start aku Form 1 sampai sekarang..masa form 1 aku kira best student untuk subject sejarah la..selalu dapat highest mark..cikgu aku Sir B.T. Maran selalu puji aku depan kelas..terbangga plak aku..PMR aku dapat A lagi..

2) English..tapi masa aku form 4 & 5 la..sebab aku selalu dapat highest mark dalam kelas dan among seluruh student vokay (FYI, sek teknik diseparate kepada 2 aliran..teknik dan vokay)..siap dapat sijil penghargaan lagi..siap nama ada kat info board sek lagi..terbangga kejap aku..aku selalu jadi tukang terjemah keratan surat khabar kengkawan hostel aku..even sampai kat U pon sama..aku bukan lah pandai..vocab pon kurang..speaking berterabur..ntah kenapa la dorang suka sangat tanya aku..pening aku..mungkin sebab aku Convent girl..makanya dorang ingat aku teror english..lawak lawak..aku pon bangang sebenarnya..

3) Pendidikan Islam..Sebab Ustazah aku ni story teller..suka cita pengalaman dia pegi Mekah..cita nabi2..sampai masa tu habes ngan bercerita jer...kitorang ni punya jahat especially aku..agak Ustazah nak habes bercerita je kitorang tanya soalan (aku la tu..aku dok depan sekali..n dekat ngan meja cikgu..so leh la tanya soalan) nak kasi dia panjangkan cerita dia..so takde la sempat dia nak ngajar kitorang yang dalam buku tu..thee hee..

3 subjek yang anda tidak suka… kenapa?
1) Definitely MATHS..aku tak suka maths dari aku sek rendah lagi..busan wei..cikgu math ni suma garang2..nerd2..cuma masa aku form 3 cikgu maths aku baik jer..sweet jer..lembut jerr..Cikgu Normala nama dia kalau tak silap..masa aku form 4 & 5 lagi la..cikgu aku memang nerd dengan speck besar dia..very the oldies la..walaupun dia tak la tua mana..setiap kali dia nak ngajar mesti pakai losyen dulu..sebab nantinak kene pegang kapur kan nak tules..dia tanak kapur tu rosakkan tangan dia..thee hee..macam2..

2) Asas Perakaunan..yang ni aku tak suka sebab aku tak paham..susah dan membosankan..kalau ko tengok cikgu aku ko mesti tak caya yang cikgu aku tu ngajar account..sebab dia cool jer..takde la skema ke ape ke kan..biasa je..tapi garang woo..suka buat lawak..memang gelak2 la dalam kelas dia..dia cikgu Koperasi..memandangkan aku ahli koperasi sekolah..aku selalu lah jumpak dia..cikgu untuk course memang dilantik unutk jaga koperasi sek..nama pon course business kan..so sesuai sangat la..cikgu disiplin sek aku pon dari course..Cikgu Ghazlan..dia dah 40 aku rasa masa aku sek dulu..tak kawen2..garang yang melampau..sampai student kalau nampak dia akan pusing ikut jalan lain..miracle nyer dia..dia hanya garang pada budak kelas lain..budak kelas aku dia baik je..tapi kitorang still takot kat dia..one thing about him..dia takkan bertentang mata ngan student pompuan..malu kot..kalau ngajar or bercakap face to face, mata dia meliar jer..dia takkan pandang student tu..

3) Pendidikan seni..sebab aku tak berseni langsung..lukisan aku cam lukisan budak tadika..aku memang tak pandai melukis apatah lagi mewarna guna water color..

Menarik pada kamu???

Apsal aku plak kene jawap..patutnya tanya org yang rapat la tapi takpe..aku coba jawap..yang menarik pada aku..mata aku kot..thee hee..aku suka dengar masalah org n bagi nasihat..aku ni jadi bahan rujukan kengkawan aku..aku pon taktau kenapa..aku ni seorang sentiasa berfikiran positive..kadang2 ada la negative..tapi bertempat la..

Kamu paling suka?
Aku sangat suka main pc game dan menonton movies..

Anda tidak boleh hidup tanpa?
1) My Mom & Family
2) PC/Lappy
3) Internet
4) TV/ASTRO
5) Handphone

Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?

hmm..rasanya takde kot..aku tdo jer..takde nak hubungi sesapa la..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abaikan font yang kechik besar tu yer..aku tak tau camno dah nak adjust..melampau..

1 Mind Spoke Hand Wrote:

Apit said...

hg teknik kangaq tahun bila?

apitbest@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...