24.9.08

Tak lama dan nak Hari Raya

Wahh..raya dan dekat..seminggu lagi nak raya..persiapan raya..biasa2 je..takde yang special..sebab aku rasa semua dah tua2 bangka ni tak payah la nak beria2 sangat..ala kadar jer..tahun ni kueh2 moden ni tak banyak sangat la..as usual kueh tunjuk jer la..tapi ma big sista ada la bunyi nak buat satu jenes..kek plak as usual harus la aku yang kene buat..dan as usual jugak harus lah kek cokolat dan butter yang akan menghiasi meja makan rumah aku..dah dua tu jer yang aku reti..

Tahun ni kira tahun kedua aku beraya sebagai seorang yang bekerja..chewah hampes jer bunyi ayat tu..bila dah keje ni tahu2 la kan..nak kene prepare duet raya bagai kan..tahun lepas aku bagi sket jer..tahun ni aku up sket la..terima kasih kepada Mrs Manager sebab bagi BONUS kat kitorang..




Tadi dok sesebok la tukar duet raya..BTW, atas ni bukan duet aku ok..kaya sangat makcik nak tukar duet banyak cam tu sungguh pon dah dapat BONUS..aku tukar sket jer..tu tangan yang berinai bagai tu tangan June..yang nampak tudung tu Kak Na..aku ngan Kak Na pegi CIMB Bank tukar duit pepagi lagi..takdo la ramai orang..mungkin dorang dah tukar minggu lepas kot..

Orang keliling office atas bawah hujung beranda suma datang soh kitorang tukar duet ni..baik kan kitorang ni..ha..dua hari lepas dah tukar kat Bank Rakyat..disebabkan ramai orang bagi nama nak tukar duet (chewah nak tukar duet pon main bagi2 nama bagai)..makanya kene la separate kepada 2 bank..takut wei bawak duet banyak2..ribu2..ceh ceh ribu sangat la..

Ending dia..aku sangatlah penat..

P/S: Jangan heran kalau gambar tu sama cam dalam blog June ok..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...