31.10.08

Happy Halloween !

Happy Halloween Guys !






Meh nak cita skit pasal Halloween..


Halloween ni asalnya adalam merupakan sebuah festival yang di panggil Samhain dalam zaman Celtic Kuno di Europe..Menatang apa itu Celtic..hmm..actually banyak kritikan dan perdebatan mengenai Celtic ni tapi aku ambik yang paling logik la..Celtic ni adalah satu tribe..Menurut kata Barry Cunliffe dalam buku dia "Iron Age Britain", Celt atau Celtic ni boleh la di katakan sebagai himpunan indigenous tribal societies. Persamaan antara dorang yang mengikat dorang antara satu sama lain adalah perdagangan, anutan iaitu agama Druidic, bahasa yang sama dan institusi politik yang sama. Walau bagaimana pun dorang ni masing2 ada tradisi dorang sendiri..ala cam malaysia la..even kita cakap bahasa yang sama, dibawah sistem yang sama tapi budaya dan tradisi memasing punya..


Dah melalut dah..sambung lagi..Festival Samhain ni adalah merupakan sebuah perayaan pada akhir musim menuai dalam budaya Gaelic yang kadang2 dorang panggil gak tahun baru Celtic..Gaelic ni plak apa..hadoi..Gaelic atau Gael adalah kumpulan ethno-linguistik yang berasal dari Ireland..nak tau lebih lanjut cari la dalam wikipedia..secara tradisinya mengikut kepercayaan dalam Celtic Kuno, dalam festival ni penganut kepercayaan ni akan kumpul stok2 makanan dan sembelih binatang peliharaan untuk kegunaan pda masa musim sejuk..


Dorang orang Gael ni percaya yang pada 31 Oktober, hari yang dorang rayakan Halloween di US sekarang ni, adalah merupakan sempadan atau lebih mudah nak paham hijab antara yang hidup dan roh2 orang yang dah mati..seram kan..sama cam bulan Hungry Ghost dalam kalendar Cina..pada masa ni roh2 ni kira bahaya la pada orang yang masih hidup sebab dia boleh sebabkan penyakit atau merosakkan tanaman..sama kan cam kepercayaan orang2 Cina..


Masa festival ni berlangsung dorang akan buat cam unggun api..tapi dia panggil bonfires sebab semua tulang2 binatang yang dorang sembelih dorang akan humban dalam api ni..Masa ni gak dorang akan pakai costume dan jugak mask yang pelik (hantu setan punya contume la..termasuk manusia2 atau benda hidup yang perangai cam hantu setan contohnya ahli sihir yang jahat) untuk menyamakan diri dorang dengan hantu setan berkenaan dalam usaha dorang nak menenangkan bendalah ni supaya tak mengganas dan membahayakan manusia yang hidup..


La ni nak masuk cam mana dorang dapat nama Halloween tu..actually Halloween tu adalah singkatan kepada All Hallow's Even..kalau Christmas ada Christmas Eve..Halloween adalah merupakan "All Hallow's Day" Eve atau boleh jugak dikenali sebagai All Saints' Day Eve..All Saints' Day ni kira macam perayaan keagamaan orang Christian yng dirayakan pada 1 November setiap tahun..asalnya dorang celebrate on 13 May..tapi pope dorang tukar pegi 1 November..jangan tanya aku sebab apa ok..tak payah nak pening2kan kepala sebab tak sangkut paut dengan kita yang Islam ni..just nak bagitau asal-usul dia jer..





Simbol dia plak adalah ukiran buah labu yang scary dengan lilin kat dalam dia yang diberi nama jack-o'-lantern..ni prominent kat US..Bermula di Europe, lantern ni actually dulu dorang ukir guna turnip atau rutabaga (sila refer gambar yer kalau nak tau apa bendanya turnip n rutabaga ni)..Orang2 Celtic ni percaya yang kepala adalah merupakan the most powerful part of the body sebab kat sini tersimpannya pengetahuan, ilmu dan jugak semangat makanya dorang guna ukiran sayuran menyerupai kepala ni untuk menakutkan benda2 halus ni..selain itu kucing hitam, ahli sihir, hantu dan kelawar jugak merupakan simbol kepada Halloween..



Turnip



Rutabaga


Nama jack-o'-lantern ni adalah merupakan sebuah lagenda..lagenda seorang yang dikenali sebagai Stingy Jack (atau Jack yang kedekut..thee hee..) seorang petani yang tamak, kaki judi, dan kaki minum yang telah menipu setan supaya panjat pokok dan memerangkap setan tu dengan mengukir tanda cross pada batang pokok tu..sebagai membalas dendam, si setan tu tadi dah kenakan sumpahan pada si jack ni..sumpahan itu adalah si Jack ni akan merayau2 di atas muka bumi ni setiap malam selama2nya (forever n ever) with the only light he had iaitu sebatang lilin dalam turnip yang berlubang..scary kan..







Ni la Jack-O'-Lantern


Ukiran pada labu associated dengan Halloween di North America..di mana labu ada belambak2 dan lebih besar dari turnip yang agak sukar nak cari dan kechik jer..oleh kerana labu ni besar makanya dia lebih senang nak diukir la..suka sangat bazirkan makanan dorang ni..kebanyakan kuarga, dorang celebrate Halloween dengan mengukir labu dengan muka2 yang menakutkan atau ala2 komik gitu..then bila hari dah mulai nak gelap dorang pasangkan lilin dalam lantern labu tu n letakkan kat pintu rumah dorang..


Actually banyak lagi cita pasal bendalah Helloween ni..pasal trick-or-treat di mana budak2 akan pakai costume dorang n pegi setiap rumah n ketuk pintu..orang2 dewasa plak akan kasi budak2 ni gula2..masa ni la dorang dapat makan all the sweets n candies banyak2 sebab hari2 biasa mak dorang tak kasi..selain tu dorang ada parties n games gak..one of its games adalah dorang akan floatkan apple dalam tub mandi atau besen besar..then dengan gunakan gigi dorang kene gigit apple tu bawak kuar..susah kan..kenapa apple..tak pear, orange atau peach..sebab time ni adalah merupakan musim apple masak dan dorang akan kutip apple time ni..sebab tu bila time Halloween ni korang leh jumpak banyak apple candies yang mana buah2 apple dorang akan celop dalam coklat cair, thick syrup or caramel n golek dalam kacang ke..colorful chocolate rice ke..ape2 la..banyak lagi la game dorang yang pelik2..







Apple Candies


Ada satu lagi yang agak scary...perempuan yang belom kawen kalau dorang duduk dalam bilik yang gelap n tengok kat cermin malam Halloween tu dorang akan nampak muka lelaki yang akan jadi suami dorang..kalau dorang ditakdirkan mati sebelom kawen makanya dorang akan nampak tengkorak..herkhz..baik tak payah..scary wei..seram plak bulu roma aku ni..


Bercerita mengenai cita2 seram dan tengok filem seram dan menakutkan contohnya macam cita Saw n Frankenstein adalah common fixtures bagi semua Halloween parti..Selain dari tu dorang pon ada la buat cam fun fare tapi lebih kepada horror fare la sebab dia punya attraction kat dalam tu semuanya bertemakan yang seram2 dan menakutkan..










Terror Tram at universal Studio Hollywood..one of the horror attraction

Apsal la aku dok update pasal Halloween plak ni..haih..layan jer la labu..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...