22.10.08

Hargailah isteri anda wahai anak2 adam sekalian..

Actually ni adalah email yang aku dapat dari kawan lama aku (Herda) yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi..aku terpanggil untuk masukkan dalam blog sebab aku rasa penting untuk semua isteri2 dan suami2 tahu peranan masing2 dalam rumah tangga..ganjaran Allah SWT tidak ternilai dengan apa2 didunia ini..baca la petikan kat bawah ni sampai habes makanya korang suma tau apa yang dikatakan sebagai alam perkahwinan dan rumah tangga itu..


Renong2kan dan selamat beramal..chewah..tetibe jer..layannn...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Mulianya seorang isteri di sisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak..Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim..ini adalah kerana dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..


Cuti bersalin juga sehingga 60 hari..Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami sebaik2nya..


Nabi SAW pernah bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..


Jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yer!!! Kata nak pahala lebih..


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


Satu lagi berita gembira untuk wanita..sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi seluruh dosanya habis..Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak..


Marilah kita pegang kepada tali Allah..Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur..


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah adalah ke atasnya jugak..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Siratul Mustaqim dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat..


Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya..


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , dekat dengan lengan lelaki supaya dipertahankan dan dilindungi, dekat dengan hati lelaki supaya sentiasa disayangi dan di hormati.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him..

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah baca kan..perkahwinan itu bukan sekadar nak 'menghalalkan' antara laki dan perempuan jer..dan bukan jugak sebab si lelaki nak orang jaga makan pakai dia jer..dan jugak bukan sebab si perempuan nak orang tanggung makan, pakai dan shopping dia jer..dan bukan sebab korang laki dan pompuan nak orang jaga korang masa korang sakit deman masuk sepital jer..konlusinya perkahwinan bukan lah untuk korang membuli antara satu sama lain..dan bukan untuk korang menghambakan diri atau memperhambakan diri orang lain..hanya Allah SWT berhak buat cam tu dan kepada Allah SWT jugaklah seharusnya kita menghambakan diri kita..


Perkahwinan itu sesuatu yang sangat sacred kata orang puteh..kata melayu dia suci..dalam perkahwinan tu kena ada tolak ansur dan kerjasama..dua2 pihak kene faham nape dorang mengahwini antara satu sama lain..maksudnya memahami erti perkahwinan yang sebenar dalam Islam..bukan ikut budaya masing2 yang kadang2 tak berapa nak leh terima akal dan fikiran..


Suami tetap suami walau seburuk mana pon dia..dan isteri tetap isteri walau sehebat mana pon dia..konsep dia cam kita ngan mak ayah kita la..kalau mak atau ayah kita seorang penjenayah contohnya penagih dadah..kita sebagai anak ni tak bleh sesuka hati maki hamun cakap lebih kurang sampai menyakitkan hati dorang..tu kira derhaka tu..dosa besar tu weii..sama la gak ngan suami..hmm..susah kan..


Cakap kasar pon dah kira dosa..tinggi suara pon dah kira dosa..susah susah..kadang2 kita tak sedar pon kan..tapi tu la..nama pon manusia kan..manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan..yang paling baik kita sentiasa mintak ampun dan maaf..in case tak sempat kan..mana la tau kot2 tetiba ninggal ker..ha..nyesal tak sudah..so..wahai pembaca sekalian..marilah kita renong2kan diri kita..kekhilafan diri kita..muhasabah diri..terima diri kita dan pasangan kita seadanya..


Mesti ada yang nak mengata ngumpat aku sebab aku wat entry cam ni kan..lantak ko la labu..sebagai manusia aku wajib mengingati diri manusia yang lain dan jugak diri sendiri..melalui entry ni secara tak langsung aku mengingatkan diri aku sendiri..pada korang yang tak suka mintak maaf la bebanyak..

P/S: Tetibe aku jadi serius semacam plak..pape ntah..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...