3.11.08

Marriage


Sekadar hiasan..chewah..actually ni cousin sis akunya wedding..nak letak gambar orang lain karang kene sue lak..so aku letak gambar ni..


Apa erti sebuah perkahwinan pada anda?

Pada aku (ni kira pendapat aku la) perkahwinan ni adalah sebuah perkongsian hidup antara dua insan (lelaki dan wanita)..maksudnya korang kongsi everything bukan setakat rumah, toilet, ruang tamu, meja makan, bilik tidur dan jugak katil..korang kongsi kehidupan, kasih sayang, suka duka, masalah, konflik dan yang paling penting korang kongsi tanggungjawab..tak ramai couple yang kongsi perkara yang paling penting ni..kebanyakan berat sebelah..kalau aku cakap isteri pikul banyak tanggungjawab berbanding suami karang korang kata aku ni feminist lak kan..tapi tu la hakikatnya..


Cuba korang renung balik isteri2 zaman dulu dengan sekarang..


Isteri zaman dulu..kerjanya memasak, membasuh, beranak, jaga anak, jaga keperluan rumah tangga, jaga keperluan suami dan uruskan keperluan anak2..pada zaman kuno dulu..Zaman Rome..Zaman Mayan..isteri membantu suami mencari makanan dengan bercucuk tanam dan menternak ayam ke, b**i ke dan sebagainya yang boleh diternak la..ada yang tangkap ikan kat sungai, cari buah2 hutan dan ada gak yang memburu ayam ke, burung ke (kira binatang yang kechik2 la kat tepi hutan..dorang tak masuk hutan sebab masuk hutan 2 keje lelaki)..dalam masa yang sama..Isteri mendidik anak2 dorang supaya anak2 dorang tahu hidup sendiri..kalau anak laki bapak dia akan ajar dia memburu, pertahankan diri n buat kerja2 orang lelaki..kalau pompuan plak mak dia akan ajar dia masak, membasuh, menjahit, mengayam dan lain2 lagi (senang cita kerja2 orang pompuan)..


Isteri zaman sekarang..kerjanya masih sama dengan isteri zaman dulu (memasak, membasuh, beranak, jaga anak, jaga keperluan rumah tangga, jaga keperluan suami dan uruskan keperluan anak2)..tapi tambah satu lagi..kerja cari rezeki sama cam lelaki..kalau dulu isteri cuma membantu suami cari makanan kat tepi2 hutan. cucuk tanam dan menternak sekarang isteri dah kerja sama2 dengan lelaki..buat apa yang lelaki buat..ada setengah tu..isteri plak yang kuar cari makanan tapi suami dok rumah tolong makan jer..tolong gak kan..bab mendidik anak2 plak kalau cakap kat lelaki jawapannya "oh itu kerja isteri..suami kuar cari rezeki"..fine..


Wahai husband2 kat luar sana..pernah tak korang terpikir..isteri korang uruskan keperluan kuarga yang sampai dia tutup mata pon takkan habes (keperluan kuarga tu sangatlah banyaknya tak payah aku nak hurai satu2)..dalam masa yang sama nak didik anak2..dan dalam masa yang sama kerja cari rezeki untuk bantu tambah pendapatan kuarga..penat tak dengar..?..penah tak korang terpk cam mana isteri korang leh terus jalankan tanggungjawap dia even dia tengah ngandung time tu..korang ingat ngandung ni senang..sakit belakang..sakit kaki..dengan morning sickness lagi..korang ingat anak korang dalam perut dia tu ringan..perut dah memboyot dia masih lagi mengemas, membasuh memasak untuk korang..kalau ngandung anak 2nd ke 3 rd ke dan seterusnya dengan nak jaga anak lagi..tau la bebudak kechik memang nakal..korang pon letih nak melayan anak2 kechik korang leh bayangkan cam mana isteri korang jaga dorang..


Nak tahu cam mana rasa isteri korang ngandung..korang isi dalam beg pack dengan batu2 kecik seberat 3 kilo..pastu korang galas ikut depan selama mana orang perempuan ngandung..tu baru skit tau..batu dia tak gerak2..plus korang galas kat luar jer.. anak korang dalam tu bukan statik..tapi dia gerak2..siap tendang2..cuba bayangkan ada benda bergerak n tendang2 dalam perut korang..bayangkan cite Alien..cam mana Alien tu bergerak2 n geget2 dalam perut sebab nak kuar..nak beranak lagi la perit..korang ingat senang nak beranakan anak korang tu..penah korang cuba bayangkan cam mana anak korang tu nak kuar ikut "pintu" dia yang sempit tu..cuba korang bayangkan..haih~


Tanggungjawab husband plak..?..kuar mencari rezeki kat luar untuk kasi makan pakai anak isteri kat rumah..is that all..?..i guess yes..haih~


So..sekarang korang nampak tak apa yang cuba aku katakan ni..korang nak jer kongsi everything..sampai ada husband yang nak si isteri kongsi dia dengan orang lain..ada ke patut..nak ke korang kongsi isteri korang dengan orang lain..mati idup balik korang tak nak (bukan aku nak menidakkan hak korang..atau mempertikaikan ketetapan Allah SWT..tapi kita bukan nabi..zaman sekarang tak sama cam zaman nabi dulu..kalau korang tak leh nak adil cam Rasulullah SAW baik tak payah gatal nak poligami..buat dosa jer..)..but apsal bab tanggungjawab ni korang tak nak kongsi..?..korang kongsi la buat keje2 rumah ngan isteri korang..korang berganding bahu didik anak2..sebab isteri korang sanggup dan sudi kongsi tanggungjawab cari rezeki dengan korang..korang pk kalau isteri korang tak keje korang mampu ke nak sara kuarga (for middle class kebawah la..yang upper class tu memang dah kaya raya tak kisah la kan..)..dengan sewa rumahnya, ansuran kete, api air, barang dapur, anak2 sekolah dan ntah apa2 lagi..kalau isteri leh korban kuar keje cari pandapatan tambahan..ada yang keje kilang siang malam..takkan korang nak buat keje rumah sket nak berkira..takkan nak tukar diaper anak korang nak berkira..apa salahnya sesekali korang masak plak kan..


Bukan aku nak kutuk husband2 kat luar sana..n tak semua la cam ni..aku cakap in general jer..for those yang mempraktikkan apa yang aku cakap ni bagus la..korang memang paham erti sebenar sebuah perkahwinan..dan korang memang bersedia jiwa dan raga masa korang nak kawen ngan isteri korang dulu..pada yang tak pernah buat..dan rasa diri tu besar sangat..ego sangat..aku tak tau nak cakap apa la kan..korang memang teruk..tu jer..


Hargailah isteri korang..sebab tanpa dia korang tak mungkin dapat terajui kuarga dengan baik..tanpa dia kuarga korang tonggang tebalik la jawapnya..sesebuah rumah tu takkan ada serinya kalau takde isteri atau ibu dalam rumah tu..hargailah dorang..cintailah dorang..kasihilah dorang..manjakan dan belailah dorang selalu..sebab perempuan ni memang suka di belai dan di manjakan..tu dah cukup untuk dorang..bukan semua perempuan tu kelabu mata dengan duit ringgit, harta benda dan berlian blink2 tau..

So mulai sekarang ubahlah pemikiran kuno korang tu..buat perubahan sket..insyaallah rumahtangga akan bertambah bahagia dan ceria..masalah sket2 tu biasa la..laut mana tak bergelora, bumi mana tak ditimpa hujan..rumah tangga mana yang tak dilanda masalah..tu semua ujian yang Maha Esa..Allah SWT bagi ujian..Dia jugak bagi solution pada setiap ujian tu..kadang2 ujian tu untuk mengingatkan kita pada dosa2 lalu..kira sebagai balasan la..so redha jer la..jangan merungut..sebab bila merungut maknanya kita tak bersyukur dan mempertikaikan ketentuan Allah SWT..dah macam ustazah dah aku ni..nak tarra la..pk2 la yer..


0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...