26.12.08

Adakah ianya campak?

Dah beberapa hari aku ni tak sihat..actually badan aku rasa lain macam since last week..last week kan aku balik kampung bapak aku lawat tok aku yang tak sihat..aku ada mention pasal "cousin kasayangan kakak aku" yang kena campak kan..i was thinking that aku dah terjangkit dari dia..tapi tak bebetul sure yang ni campak atau demam biasa..


Ada bintik2 merah cam ruam 2 3 bijik kat tangan ngan kaki..kat badan takdak..but mak kata sukar nak tentukan tu campak ka dak..but kakak aku yang baru balik semalam kata mungkin campak..still waiting kalau2 ada bintik2 lagi kat badan..the thing is demam ni tak mau keluar habis..dia macam tertahan2 dalam badan menyebabkan aku rasa rimas n tension..nak kata aku demam sampai tak leh bangun tak gak..nak kata aku sakit sendi2 tak gak..nak kata aku sakit pala tak gak..loya pun tak...cuma rasa cam tak larat..n rasa panas dari dalam..kat luar sejok..badan aku plak..hanya aku ja yang rasa panas..pegang kat luaq tak la panas mana pon..


Tu yang susah tu..dah la asthma lagi..batok tok sah cerita la..haih..3 malam dah aku tidoq2 ayam..kejap2 terjaga tengah malam..tidoq tak jerap orang utara kata..aku makan ubat selsema berkandaq2..tapi takdak kesan..ubat selsema yang makcik aku bagi tu..selalunya aku makan sebijik ja esok dah baik..memang kuat ubat tu..tapi tak jadi apa..pelik ka dak..?..yang lagi haru..ubat tu kalau makan selalunya dalam masa 5 minit ja lentok..tidoq..aku makan takdak kesan..malam aku tak leh tidoq..dah la jiran belakang rumah aku ni dok bising tengah2 malam..lagi la tak leh tidoq..


Jiran aku ni chinese..bilik aku dekat ngan dapoq rumah dia..tiap2 malam aku dengaq macam2 bunyi dari rumah dia..start dari kol 3.30 am sampai la kol 5.00 am..suspen ja bunyi..bukan hantu na..mak aku kata mak mertua dia tu sakit..so selalu bising2..dia ketok2..ketok apa tak tau la..dinding ka pintu ka..bunyi kuat macam orang paku dinding..sekali2 ketuk lama wei..ala macam budak2 kechik suka ketuk2 mainan dia atas lantai..pastu dok meracau cakap2 apa ntah dalam bahasa dia..selama ni aku tak pernah dengaq pasai aku sihat n tidoq mati..lagi plak aku selalu tidoq ngan mak aku..bila aku sakit aku tidoq bilik aku sebab tak leh kena air-con..dah la tidoq tak jerap..makanya dapat la aku dengaq semua tu..memang time dia tu fixed..3.30 am dia start dok meracau n ketok2 dalam kol 5.00 am camtu dia stop..memang macam tu..aku punya tafsiran sendiri mungkin sebab dia dengaq azan pertama gerak orang bangun dari masjib dekat rumah aku ni kot..pas azan tu ada orang mengaji Quran..berlanjutan sampai la azan subuh..memang dia tak bunyi apa dah sampai esoknya kul 3.30 am plak dengaq lagi..haih..misteri ni..


Apa yang pasti aku ni memang tak sihat..tapi aku malas dah nak pi klinik..tak larat nak makan ubat dah..keja sakit ja..baru 3 minggu aku baik demam..dah demam balik..haih..nasib2..ok la..nak pi tidoq..sebab malam tak leh tidoq..eh tak leh tidoq lagi..lepas solat tidoq..ok la..tarra..

2 Mind Spoke Hand Wrote:

Monkey D Luffy said...

bukan allergic ker? baik check doktor

hOOdedLicIOUS said...

Bukan Capt..Doctor kata nyamuk gigit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...