27.12.08

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 4

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)


Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14


Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.


To Be Continued...

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...