26.12.08

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 3

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طين لازب )


Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:


“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11


Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .


Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .


Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)


Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26


Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسنون diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.


To be Continued...

2 Mind Spoke Hand Wrote:

The Spiral Eyes said...

thank you for the information sweetheart...

hOOdedLicIOUS said...

WC dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...