27.12.08

Kejadian Manusia Pertama (Adam) Menurut Al Quran Part 5 (Final)

Kelima: Peringkat Peniupan Roh


Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama (Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat dengan jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagian kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjangkau buah tersebut .


Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang soleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .


Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:


“ Belum duduk sudah nak melunjur”.


Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:


“Manusia telah dijadikan(bertabiat ) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37


Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.


Wassalam..


Sekian sahaja...sampai sini..harap2 pengetahuan ni berguna pada semua..tarra
.

1 Mind Spoke Hand Wrote:

captain awesome said...

yo... your posting really rock my sock... yeah.. kudos to you..

once somewhere around 2003.. there was one brilliant indonesian dude(he's one of the muslim scholar) counter the christian scholar about the creation of human being.. the christian scholar asked "if the Al-Quran is so convincing, why does the statement human came from the clay/soil repeated 7 times..?"

and the answer for that question is almost the same with what you wrote but more detail on the material and a chemical formula of the soil..

sadly to say.. i cant remember who wrote that article and where was the article published..

kudos to you again for this brilliant posting!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...