24.12.08

Sakit Lagi !!

Gud Day !!

Hari ni aku tak berapa sihat..asthma datang melawat..dah berkurun dia tak lawat aku..semalam dia singgah sat..menyebabkan terpaksa telan ubat asthma sebijik..selalunya aku ambik setengah tak pon suku bijik ja memandangkan ubat ni kuat sangat kalau ambik sebijik..sampai aku tak leh tidoq memandangkan jantung aku pam laju sangat sampai rasa nak terpelanting dok kat luaq *kenyataan ok bukan berdrama atau over2..tak caya try..


Pagi ni bangun asthma ni tak reti2 nak balik plak..ni nak kena halau ni..semalam aku halau cara elok tak mau balik..pagi ni aku pi beli Ventolin la tunggu dok lagi..mau pon dia balik..huh..aku punya Ventolin ni dah expired dari tahun lepas..memandangkan aku dok jaga elok2 paru2 aku tak bagi dilawati asthma so dia tak kena la..tapi disebabkan gatai pi makan honeydew sampai nak dekat setengah bijik..ditambah plak ais kacang masa aku tengah dok selsema 2 hari lepas..ditambah plak lagi dok buat hero mandi air sejuk tiap2 pagi..tunggu dok lagi cik asthma tak mai..dia kata aku dok panggil dia la..padan muka aku..


Aku jenis yang tak suka nak amal Ventolin ni..so aku bertahan ja la kan dengan ubat ni..kalau sikit2 ja aku ambik suku bijik..kalau teruk aku ambik setengah bijik..yang semalam tu pasai aku malas nak potong ubat tu..makanya aku ambik ja sebijik..ha ambik hang..padan muka..satu malam tak tidok la aku..dah tu..tidoq ngan mak aku lak guna air-con..tak baik mana la..pagi bangun dok ada lagi..tambah plak selsema aku menjadi2 even semalam aku dah telan Piriton sebijik..haih..taik penyakit betoi..*aku memang taik penyakit aku pi mana pon kotak ubat aku..aku tak tinggai..sebab aku tau aku selalu kena sakit..susah jadi aku..


Tadi sebelom nek office aku singgah kat farmasi bawah ni beli ubat selsema, Ventolin ngan Vitamin C..selsema ngan ashtma ok skit dah..cuma ketaq tu tak ilang lagi..ketaq bukan sebab sejuk..tapi sebab kesan ubat semalam tu tak habes lagi..mata ngantuk tahap gaban sebab semalam tak leh tidoq..mata ja ngantuk..tapi bukan leh tidoq..tu dok dengaq jantung dok duk dak duk dak..haih..


Masa aku kat Borneo dulu aku ada consult ngan satu doktor ni la..dia la bagitau aku yang aku tak leh makan ubat asthma tu sebijik..sebab dia kata ubat tu akan mencairkan darah aku..n menyebabkan jantung aku mengepam ngan laju gak..kalau aku ketegaq jugak satu hari nanti jantung aku akan tetiba stop sendiri..ala jantung pon cam mesin la jugak..kalau dah dok guna high speed all the time memang la stop jugak satu hari nanti..menakutkan la..ni last time la..tak mau dah..


Aku bagitau la mak aku apa doktor tu kata kat aku semalam..bukan aku saja nak takutkan mak aku..dah dia tanya awat yang aku nampak cam takut2 ja..bukan takut2 aku kata..nafas aku jadi cepat sebab aku makan ubat..memang la lain macam skit keadaan aku semalam..mak aku ingat aku sakit jantung..mak aku mana penah tengok sebelum ni..dia jadi panik sampai mimpi2 kata aku mati kena heart attack..dia siap nangis2 lagi..ahaha..mak aku ni..isk..selisih malaikat 44..takpa mak aku mimpi kata aku mati..maknanya umuq aku panjang lagi la..huhu..sayang jugak mak aku kat aku no..mustila anak dia..bukan senang nak beranak kat aku yang montel lagi chumel ni..huhu..


Semalam masa dok godek2 entry lama2 edit gambaq2 yang size gedabak2 tu mata aku terpaku pada aku punya Online Reader (ntah apa aku nak panggil benda aku pon tak tau..betoi la kot no)..hampa tengok kat bawah ni..





Tengok yang kat atas Canvas of Life tu..ada no 16 perasan dak..tak berapa nak nampak..tapi hampa tau la ada 2 digit tu dia la tu..pada bloggers yang dok besa berpuluh2 orang tengah baca blog depa..depa tak la teruja mana..pada aku yang tak pernah tengok number ni lebih dari 2 memang la teruja sangat sampai nak lompat bumbung..ha la..mana nak sangka yang ada gak orang nak baca tulisan2 merapu mereben aku ni..mekasih la semua ya..walaupon tak sihat semalam hati aku tetap berbunga2..sebab aku tau ada gak orang sudi dok baca blog aku yang tak seberapa ni..mekasih bebanyak ya..takdak apa aku nak bagi kat hampa cuma aku leh berterima kasih n mendoakan kesejahteraan readers aku tu ja..tarra..


P/S: Baru 3 minggu aku baik demam..dah kena selsema ngan asthma plak..haih..dugaan Allah..banyak sangat dosa aku ni..sakitkan penghapus dosa2 kechik..aku sabaq tempuh ujian ni..insaf2..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...