17.12.08

Travel Malaysia 2008 - Singapore Expo Part 1

Olla Peep-pals !!


Dah berkurun2 aku kata nak nak update pasal aku pegi Travel Malaysia 2008 kat Singapore hari tu kan..tapi tak update gak..dari bulan Oktober hari tu..dah nak masuk 2 bulan dah pon..so aku paksa la diri aku untuk update gak..tapi aku akan update part by part la ya..sebenarnya takdo la banyak sangat..tapi aku malas kan..nak resize2 gambar ni *karang ada yang complain kat aku yang blog aku lambat nak loading..


Kami bertolak pagi dalam kol 12.00 am dari Seberang Jaya dengan Couch..bersama2 kami En Johar dari Kedah Resort n En Azman dari Unit Multimedia Wisma Darul Aman..Ada sorang lagi Tuan Haji Ariffin dari Homestay Kampung Jeruju, Kedah..banyak ni ja la team Kedah..officer Tourism Malaysia (TM) Kedah takdak sorang pon yang ikut..so pepandai la ya bawak diri..kami sampai kat Singapore kol 10.00 pm lebih..penat tok sah dok cita la kan..tapi sempat lagi pi cari makan kat Geylang Serai *belakang hotel ja pon..




Zain's Cafe, Geylang Road..



Kat cafe pak zain ni macam2 ada..makanan dia sedap..nak kata mahal sangat tak la jugak..apa yang pasti ni la port utama kami makan sepanjang kami kat sana..ada gak la tempat lain kami try..tapi yang ni memang kerap la..sebab belakang hotel ja pon..yang aku nampak yang ni ja cafe Melayu kat area ni..lain suma tak tau la..campoq2 Chinese n mamak..




Hotel 81 Classic..



Ni hotel yang kami duduk..most of the participant untuk program ni dok kat sini..ada la several yang dok kat Bugis Street la Ochard Road la..mungkin sebab depa mai sendiri..yang mana ikut TM negeri memasing akan dok sini..Hotel 81 ni famous gila kat Singapore ni..banyak gila dia punya branch..kat area kami tu saja ada 3..satu kat belakang hotel kami ni Hotel 81 Tristar dia panggil n satu lagi kat hujung jalan Joo Chiat ni..Hotel 81 apa tak tau..Hotel yang kami dok ni dekat Joo Chiat Road..berdepan dengan Joo Chiat Complex..







Harga bilik dia semalam SGD129.00..menurut kata staff yang bertugas hari tu harga dia akan naik kepada SGD149.00..kali la sendiri dengan RM2.46..hotel ni 3 star jer ok..bayangkan kalau 5 star cam mana harga dia..dan bilik standard dia memang muat2 2 orang yang badan dia kechik2 kurus2..pada yang gedabak cam aku sila la request bilik yang besar ok..nasib baik la aku ngan Mrs Manager satu kurus satu gedabak..




Aku blur gambar tu sebab nanti tuan punya diri marah sebab aku letak gambar ni..yang kat tv tu aku sealed sebab time tu tengah tayang satu concert apa ntah..pakaian artist tu cam tak sesuai jer untuk tatapan umum..haha..




Kechik kan..ha..kalau ikutkan logik..bilik ni sesuai untuk sorang jer..nak letak beg pon takdak tempat..sila ambik maklum ok..



TO BE CONTINUED...

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...