31.10.08

Happy Halloween !

Happy Halloween Guys !






Meh nak cita skit pasal Halloween..


Halloween ni asalnya adalam merupakan sebuah festival yang di panggil Samhain dalam zaman Celtic Kuno di Europe..Menatang apa itu Celtic..hmm..actually banyak kritikan dan perdebatan mengenai Celtic ni tapi aku ambik yang paling logik la..Celtic ni adalah satu tribe..Menurut kata Barry Cunliffe dalam buku dia "Iron Age Britain", Celt atau Celtic ni boleh la di katakan sebagai himpunan indigenous tribal societies. Persamaan antara dorang yang mengikat dorang antara satu sama lain adalah perdagangan, anutan iaitu agama Druidic, bahasa yang sama dan institusi politik yang sama. Walau bagaimana pun dorang ni masing2 ada tradisi dorang sendiri..ala cam malaysia la..even kita cakap bahasa yang sama, dibawah sistem yang sama tapi budaya dan tradisi memasing punya..


Dah melalut dah..sambung lagi..Festival Samhain ni adalah merupakan sebuah perayaan pada akhir musim menuai dalam budaya Gaelic yang kadang2 dorang panggil gak tahun baru Celtic..Gaelic ni plak apa..hadoi..Gaelic atau Gael adalah kumpulan ethno-linguistik yang berasal dari Ireland..nak tau lebih lanjut cari la dalam wikipedia..secara tradisinya mengikut kepercayaan dalam Celtic Kuno, dalam festival ni penganut kepercayaan ni akan kumpul stok2 makanan dan sembelih binatang peliharaan untuk kegunaan pda masa musim sejuk..


Dorang orang Gael ni percaya yang pada 31 Oktober, hari yang dorang rayakan Halloween di US sekarang ni, adalah merupakan sempadan atau lebih mudah nak paham hijab antara yang hidup dan roh2 orang yang dah mati..seram kan..sama cam bulan Hungry Ghost dalam kalendar Cina..pada masa ni roh2 ni kira bahaya la pada orang yang masih hidup sebab dia boleh sebabkan penyakit atau merosakkan tanaman..sama kan cam kepercayaan orang2 Cina..


Masa festival ni berlangsung dorang akan buat cam unggun api..tapi dia panggil bonfires sebab semua tulang2 binatang yang dorang sembelih dorang akan humban dalam api ni..Masa ni gak dorang akan pakai costume dan jugak mask yang pelik (hantu setan punya contume la..termasuk manusia2 atau benda hidup yang perangai cam hantu setan contohnya ahli sihir yang jahat) untuk menyamakan diri dorang dengan hantu setan berkenaan dalam usaha dorang nak menenangkan bendalah ni supaya tak mengganas dan membahayakan manusia yang hidup..


La ni nak masuk cam mana dorang dapat nama Halloween tu..actually Halloween tu adalah singkatan kepada All Hallow's Even..kalau Christmas ada Christmas Eve..Halloween adalah merupakan "All Hallow's Day" Eve atau boleh jugak dikenali sebagai All Saints' Day Eve..All Saints' Day ni kira macam perayaan keagamaan orang Christian yng dirayakan pada 1 November setiap tahun..asalnya dorang celebrate on 13 May..tapi pope dorang tukar pegi 1 November..jangan tanya aku sebab apa ok..tak payah nak pening2kan kepala sebab tak sangkut paut dengan kita yang Islam ni..just nak bagitau asal-usul dia jer..





Simbol dia plak adalah ukiran buah labu yang scary dengan lilin kat dalam dia yang diberi nama jack-o'-lantern..ni prominent kat US..Bermula di Europe, lantern ni actually dulu dorang ukir guna turnip atau rutabaga (sila refer gambar yer kalau nak tau apa bendanya turnip n rutabaga ni)..Orang2 Celtic ni percaya yang kepala adalah merupakan the most powerful part of the body sebab kat sini tersimpannya pengetahuan, ilmu dan jugak semangat makanya dorang guna ukiran sayuran menyerupai kepala ni untuk menakutkan benda2 halus ni..selain itu kucing hitam, ahli sihir, hantu dan kelawar jugak merupakan simbol kepada Halloween..



Turnip



Rutabaga


Nama jack-o'-lantern ni adalah merupakan sebuah lagenda..lagenda seorang yang dikenali sebagai Stingy Jack (atau Jack yang kedekut..thee hee..) seorang petani yang tamak, kaki judi, dan kaki minum yang telah menipu setan supaya panjat pokok dan memerangkap setan tu dengan mengukir tanda cross pada batang pokok tu..sebagai membalas dendam, si setan tu tadi dah kenakan sumpahan pada si jack ni..sumpahan itu adalah si Jack ni akan merayau2 di atas muka bumi ni setiap malam selama2nya (forever n ever) with the only light he had iaitu sebatang lilin dalam turnip yang berlubang..scary kan..







Ni la Jack-O'-Lantern


Ukiran pada labu associated dengan Halloween di North America..di mana labu ada belambak2 dan lebih besar dari turnip yang agak sukar nak cari dan kechik jer..oleh kerana labu ni besar makanya dia lebih senang nak diukir la..suka sangat bazirkan makanan dorang ni..kebanyakan kuarga, dorang celebrate Halloween dengan mengukir labu dengan muka2 yang menakutkan atau ala2 komik gitu..then bila hari dah mulai nak gelap dorang pasangkan lilin dalam lantern labu tu n letakkan kat pintu rumah dorang..


Actually banyak lagi cita pasal bendalah Helloween ni..pasal trick-or-treat di mana budak2 akan pakai costume dorang n pegi setiap rumah n ketuk pintu..orang2 dewasa plak akan kasi budak2 ni gula2..masa ni la dorang dapat makan all the sweets n candies banyak2 sebab hari2 biasa mak dorang tak kasi..selain tu dorang ada parties n games gak..one of its games adalah dorang akan floatkan apple dalam tub mandi atau besen besar..then dengan gunakan gigi dorang kene gigit apple tu bawak kuar..susah kan..kenapa apple..tak pear, orange atau peach..sebab time ni adalah merupakan musim apple masak dan dorang akan kutip apple time ni..sebab tu bila time Halloween ni korang leh jumpak banyak apple candies yang mana buah2 apple dorang akan celop dalam coklat cair, thick syrup or caramel n golek dalam kacang ke..colorful chocolate rice ke..ape2 la..banyak lagi la game dorang yang pelik2..







Apple Candies


Ada satu lagi yang agak scary...perempuan yang belom kawen kalau dorang duduk dalam bilik yang gelap n tengok kat cermin malam Halloween tu dorang akan nampak muka lelaki yang akan jadi suami dorang..kalau dorang ditakdirkan mati sebelom kawen makanya dorang akan nampak tengkorak..herkhz..baik tak payah..scary wei..seram plak bulu roma aku ni..


Bercerita mengenai cita2 seram dan tengok filem seram dan menakutkan contohnya macam cita Saw n Frankenstein adalah common fixtures bagi semua Halloween parti..Selain dari tu dorang pon ada la buat cam fun fare tapi lebih kepada horror fare la sebab dia punya attraction kat dalam tu semuanya bertemakan yang seram2 dan menakutkan..










Terror Tram at universal Studio Hollywood..one of the horror attraction

Apsal la aku dok update pasal Halloween plak ni..haih..layan jer la labu..

How I miss her so much..



I can't help myself from being regretted of what i have done..and I can't help myself from thinking and missing her so much..

30.10.08

All in one week..makan week..!!

Hello Peep-pals,

Nearly a week tak berblogging..coti sakan..since last fri..orang lain yang raya orang lain yang coti beria-ria..*LOLz..


Singapore punya trip hari tu aku blom update lagi kan..nenanti la aku update..memang interesting la akunya trip hari tu..coma aku ni rasa cam banyak sangat nak diceritakan makanya aku just hold dulu..


Last Thursday aku, mom n big sista pegi KL..coti depavali kan..aku ambil la coti ahad tu..tujuan utama nak ngantar kakak aku balik KL..sebab hari tu dia pegi Penang ada Petronas punya conference..seminggu gak la dia kat utara ni..rumah aku ngan Penang tak jauh mana pon..45 minutes jer..so last Thursday berangkat la kami beramai (tak ramai mana pon)..bertolak malam dalam kol 8.00 pm cam tu..sampai dalam kol 12.00 am lebeh la..My Sis bawak kete..aku tido tak sedar2..ahaha..tau tau bangon nak makan jer..ntah ape ntah kan...burok perangai..


Activiti sepanjang coti takde la banyak sangat..shopping, makan, jalan membengkakkan kaki menjahanamkan tapak kasut n menghabeskan duet..*LOLz..


Sekali sekala kan..aku jarang shopping mopping ni..sebab aku bukan kaki shopping..chewah..yer ker..?..Friday kakak aku keje..so lepak rumah jer la..Saturday baru start operasi menghabeskan duet..adik aku pon coti..tapi dia sampai Saturday malam..so dia takdo la time 2..


Saturday tu start dari kol 1.00 pm kitorang gerak..tujuan nak beli kain kat Jalan TAR..memandangkan malas nak bersesak n berebot parking..so kitorang plan nak naik LRT jer..kitorang park kat KLCC then naik LRT ke Masjid Jamek..ramai gak la orang kat sana..kitorang sebenarnya nak pegi Gulatis sekali cari2 tak jumpa so dah tak daya nak jalan kitorang pegi Jakel jer la..dorang ada sales penghabisan stok..so aku borong la buat stock tahun2 depan..senang..bila perlu jahit jer..tak payah pk nak cari kain la apa la...


Balik suma dah bungkang tak larat..nunggu adik aku plak balik dari Johor..kul 11.00 pm baru sampai..haih~


Ahadnya plak berbondong2 plak ke Open House Pak Lang n Mak Lang aku kat TTDI..dorang buat untuk family sebelah Pak Lang (kira sebelah ayah aku la)..ramai babe..sebab fam sebelah ayah aku banyak yang kawin 2 la 3 la 4 la..ada tu kawin 9..menakotkan..tu yang jadi ramai tu..yang aku tak kenal pon ada..tak disangka2 aku ni dah jadi nenek rupanya..anak kepada cousin ayah aku (kira second cousin ngan aku la) pon dah nak sebaya ngan ayah aku..anak dia lebih tua dari aku..cucu dia tu pangkat cucu gak la dengan aku..haih..tua dan cek ni..





Antara yang aku kenal masa kat Open House tu cousin aku Siti (husband n wife) ngan anak dia..anak pakcik Salam (nama den lupa)..anak2 Pak Lang n Mak Lang (except Kak Izan sebab dia pegi rumah PIL dia kat Kuantan)..Anak2 sedara Pak Lang (Kak Intan n Abang Hamzah with their anak cucu)..Anak Pakcik Rahim and Makcik Som (forgot the name also..ahaha)..Pak Long Mat n family..dan ramai lagi la sedara mara..



Adik aku kawankan aku solat..



Aku ngan adik aku sempat lagi nak posing dalam bilik..


Foods..?sangatlah heaven..aku malu nak ambik gambar sebab ramai orang..so aku just makan maka dan makan..antara hidangan yang dibuat sendiri oleh Mak Lang adalah Laksa Johor (sangatlah authentic dan exotic)..spaghetti bolognese..satay (a must la kan at every open house)..soto (heaven sangat)..lamb kuzi makan dengan french loaf (aku yang tak makan semua jenes kambing ni pon leh makan sampai jilat jari..tinggal tak jilat pinggan jer)..waffle with scrumptious topping (Mak Lang Homemade recipe sampai leh buat business) and cakes (carrot cakes, blueberry cheese cake, Victoria sandwich and brownies also homemade recipe by Kak Izan n Mak Lang)..BTW..ni nak promote ni pada sesape yang really crazy about waffle bleh la drop by kat Waffle Stop..dia ada banyak outlet..kat Bukit Bintang pon ada..kat Alamanda Putrajaya pon ada..Kat Uncle Don Sri Hartamas pon ada..banyak lagi la outlet dia..Pak Lang n Mak Lang dengan anak laki dia punya business..Franchise..?..nope at all..kata Mak Lang so far blom nak franchise..


Lama gak la kitorang lepak kat sana..lama2 sekali baru jumpak kan memang banyak la nak dibualkan..dorang siap bukak cite pasal salah silah kuarga..susur galur kuarga..memang pening..sebab banyak sangat pecahan disebabkan ada yang kawen 2, 3, 4 n even 9..petang baru balik..on the way nak balik tu singgah rumah staff kakak..dia pon bat Open House gak..makan lagi..kat sini makanan dia pon sedap..rendang ayam dia sangat lah sedap..



Kak Ina n kakak Aku..dia staff kakak aku kat Petronas..



Aku dengan anak2 Kak Ina..anak dia memang tinggi ok..tinggi dari mak dia..baru habes UPSR..


Kitorang memang kenyang dan penat sangat hari tu..kene tido awal sebab awal pagi nak ambik ayah kat Pudu..memandangkan dia taknak bawak kete balik sorang2 makanya dia soh aku coti lagi 2 hari supaya dia leh balik ngan aku nanti..dia pon naik la bus..tu la pertama kali ayah aku naik bus..complaint la dia..bising la..busuk la..ahaha..macam2..kakak aku nak kasi naik flight dia tak mau..haih..macam2..ayah bertolak ke KL that nite dalam kul 10.00 pm sebab ada Open House rumah kawan dia kat Teluk Panglima Garang esoknya..



Mak aku dengan Kak Nazimah


Monday..yakni Depavali (Happy Depavali to all Hindus)..kitorang pepagi dah kuar pegi rumah anak angkat mak aku Kak Nazimah kat Shah Alam..mak aku yang jaga dia ngan adik beradik dia masa dorang kechik..dorang panggil mak aku aci..yer yer acik means kakak..tapi mak aku anggap dorang cam anak dia sebab dia yang suapkan makan, bagi mandi, hantar pegi sekolah cam anak dia..masa tu mak aku muda lagi la..belasan tahun..dia belom kawen ngan ayah aku lagi..masa tu dorang tinggak kat Sungai petani..lama gak la mak aku dok dengan dorang..bila mak aku dapat keje kat hospital dia still stay ngan dorang kira2 setahun..pastu bapak dorang kene tukar ke Seremban..mak aku pegi gak seminggu kat sana..yer la tak leh nak pisah ngan budak2 tu..nanti la aku cite sejarah mak aku dengan dorang ni yer..dah lama mak aku nak pgi rumah Kak Nazimah..baru kali ni dapat..dia masak mee kari..sedap..sama cam mee kari mak aku..yer la tok guru yang sama (mak kak Nazimah pandai masak..mak aku banyak belajar menguruskan rumah tangga dari dia..)..sembang punya sembang rupa2nya abang Zaini dengan ayah aku ada bau2 bacang..haih..banyak tol sedara mara ayah aku ni..




From Left: Ayah, Kak Pija, Abang Zaini (suami Kak Nazimah), Mak, Kak Nazimah, Syidah n Aku..


Dalam kul 3.00 pm cam tu kami pon gerak la nak ke Teluk Panglima Garang plak..ada jemputan ke Open House lagi..cari2 rumah orang tu pon dah dekat sejam..sebab rumah dia sangatlah susah nak cari memandangkan banyak sangat jalan nak kene masuk..sampai ke dalam2 kampung walaupon dia duduk kat taman perumahan..taman dia tu dikelilingi kampung..ada gak taman2 lain dalam tu..actually Uncle Tarmizi ni close friend ayah aku la kiranya..dia ni Penguatkuasa ROC..15 min lepas kitorang sampai Pak Syed yang jugak close friend ayah aku sampai dengan family dia..anak2 dia cute bangat..aku tak ambik gambar sebab aku tinggal cam dalam kete..tak lama sangat kitorang duduk sini..sebab karang kalau gelap susah plak kan nak cari jalan kuar..



Sempat lagi aku Snap..masa ni kitorang baru sampai..Mak Lang pegi mandi..time ni dah gelap skit..tapi dalam gambar cam cerah plak..Ni kira patio la..tempat dorang lepak2 time petang..



Dan lagi..



Dan lagi..abaikan budak yang tengah menungging tu..


Destinasi seterusnya adalah rumah Pak Lang n Mak Lang..ayah aku kalau dia datang KL memang tak sah kalau tak pegi rumah dorang..Pak Lang n ayah aku cousin..ayah aku memang sayang bangat ngan Pak Lang..dia anggap macam abang dia..muka dorang pon hampir nak sama..Pak Lang n Mak Lang tinggal berdua jer bersama2 maid2 dia..anak2 suma dah kawen..ko kalau pegi rumah dorang ni memang tak sah kalau tak makan..ko taknak pon ko kene makan gak..dorang akan bersungguh2 meraikan tetamu dorang walau apa keadaan pon..itu la kebaikan dorang..dorang tak pernah la nak pilih bulu eventhough dorang berada n bertittle..merendah diri jer..haih~



Dia dua ni dah macam pelancong plak..dok menikmati keindahan Taman Mini rumah ni..






Budak ni sempat lagi nak posing dengan bunga..



Ni Sorang lagi..



Gambar tuan blog mesti la ada kan..



Dan lagi..Serabaikan..


Actually hari kitorang pegi tu dorang puasa..time kitorang sampai dah nak dekat berbuke..so kitorang join la sekaki..memandang dah masuk waktu Maghrib kan..so beramai2 la jemaah solat Maghrib n Isyak..moment yang tak mungkin dilupakan..


Habes solat makan lagi..cakes, goreng pisang n a mug of hot mochaccino..yang paling mengharukan..Mak Lang soh anak dia buatkan Butter Cake sebiji untuk kitorang..haih..dorang sembang la isu2 semasa dunia n dalam negara..aku dengar jer la..sebab tak baik nyampuk orang tua2 cakap kan..time dah masuk kul 10.oopm..kitorang pon nak beredar dah..Mak Lang siap tapaukan all the cakes lagi..malu tol..


Sweet moment..dah lama tak bertandang rumah Mak Lang n Pak Lang macam ni sebenarnya..yer la semua dah besar..study jauh2..masa kechik2 selalu la pegi..sampai tido2 nunggu dorang sembang..sekarang dah besar..takde tido2 lagi..ahaha..During my childhood, i still remember la dorang anak beranak datang rumah kitorang quite often..at that time mak aku mesti sibuk masak itu ini..ada sekali tu Mak Lang siap bawak waffle machine dia n the adunan ke rumah kitorang..masa tu dia belom bukak Waffle Stop..seingat aku since i was small (tak sekolah lagi rasanya), everytime kitorang pegi rumah dia..mesti dia akan buat waffle..dia kata resepi mak dia..rasa tu maintain..cuma ada upgrade dari segi topping n texture la..yer la dah commercialized kene la ubah sket...



Cheh tetiba jer gmbar bunga..ni bunga halia bara..lawa kan..tapi kechik2..mungkin jenes yang kechik kot..


P/S: Apsal la asyik cite pasal waffle nehhh...!!!!


Tetiba P/S kat tengah2..ntah ape ntah..lantak la labu..Tuesday takde ape sangat activity..cuma shopping mopping dengan mak. ayah n adik aku..pegi IKEA..mak beli few pieces of cook ware..they both puasa..kitorang selumber kodok makan kat belakang while ayah was driving..keji kan..before went to IKEA pegi KLCC dulu..cari bank..punya la jauh pegi cari bank..macam kat area Kajang n Bangi tu takde bank..mom tetiba nak makan sandwich kat O'bien..hmm..so tapaukan untuk dia buat berbuke..Chicken Tripple Decker untuk my mom..senyum sampai telinga la dia..



Majlis Rumah Terbuka Deeparaya Dentsu Utama Sdn Bhd



Close up sket..

Rabu..Dentsu Utama buat Opean House Deeparaya kat Restoran Seri Melayu Jalan Conlay..memandangkan adik aku nak balik Johor..makanya mak tak ikut la..yang pagi aku ngan ayah aku jer..aku kan kaki sebok..nak jer enter frame expose diri..ahaha..well..that's me..makan dia suma sedap..siap ada orang serve kan lagi.."Nak ni tak?" "Nak tu tak?"..haih..rimas plak.."Tak mo..tak mo"..bukan malu..mana leh malu bab makan..malu lapar la..terlalu banyak makanan sampi aku aku tak mampu nak makan..



Restoran Seri Melayu..Abaikan Makcik yang tengah menyapu tu yer..



Klik kat pic ni kalau nak tengok dengan jelas menu2 dorang pada hari tu..



Buffet ala hawker stall dorang..gambar kabur kan..



Mee Rebus yang sedap..lain dari yang lain..Ni jer yang sempat aku ambik..malu nak snap..



Kuih raya (moden n traditional)..



Muka2 bosan..



Mr Omar (second cousin aku)..Boss Dentsu..



Ayah aku..one of Dentsu Utama's Director..masa ni dia tengah tekun bersms denga kawan dia..



Yang dua kat belakang tu wakil dari Dentsu Malaysia (Dentsu Utama punya sister company)..yang baju merah tu client dorang dari Tabung Haji..Haji apa ntah nama dia..dorang panggil Ajoi jer..percaya tak kalau aku cakap dia ni pengarah bahagian apa ntah kat Tabung Haji..umur dia dalam 30 tahun atau late 20s..dia pegi haji masa umur dia 21 tahun..caye tak? itu la hakikatnya..aku pon blink2 kan mata..ni kira antara tetamu la..antara yang aku kenal sebab close friend ayah aku ni la Mr Ayoi, Dato' Yahaya (Timbalan Ketua Pengarah JTK), Dato' Jaafar Gafar (Businessman), Dato' Ridzuan (Businessman) and Pak Syed..



Yang ni main area kat sebelah tempat kitorang..yang ni dorang serve untuk orang public yang datang nak lunch or dinner..buffet lunch dia harga RM46/person..dinner RM70/person..kalau tak silap la..sebab tengok sekali lalu ker..tapi pusing2 harga dia lebih kurang cam tu la..



Apsal la dari tadi asyik ambik gambr cawan jer..ketahuilah wahai sekalian rakyat bahawasanya aku curik2 snap gambar pakai phone sebab tu nampak cawan jer..memula ingat nak bawak cam..tapi karang malu nak ambik plak..so malas bawak la..



Tengok..snap gambar sendiri pon curik2 sebab tu snap dari bawah..abaikan double chin aku tu ok..



Muka Orang soka hati sebab dah kenyang dan nak balik..


P/S: Ni kira pengalaman baru yang aku aku dapat la..bercampur dengan orang2 corporate..all the Dato' & Datuk..observe their behavior..build up my confidence..my PR..learn how to communicate with people..dalam masa yang sama exposing what we are doing now in Sedim..sambil menyelam minum air..kakak aku selalu kutuk aku..dia cakap kalau aku pegi holiday ke mesti aku nak selitkan sket agenda2 keje aku..nak buat cam mana..i love doing what i am doing now..i'm still young kan..so masa ni la nak expand my network, gain knowledge n experience..dah tuo tak larat dah..


P/S kat tengah2 lagi..hahaha..gilo..Open House tu start dari kul 1.00 pm sampai 6.00 pm..tapi dalam kul 5 cam tu dah takdo orang datang lagi..Pak Syed was the last guest..pas dah salam2 n say thank you kat staff2 Dentsu (Kak Mimi, Kak Kak Kusza n few others) kitorang pon gerak la..kira2 dalam kul 5.00 pm cam tu la..sampai kat kajang dalam kul 6.15pm cam tu..kitorang nak balik Kulim lagi tau that day..


Mak puasa..so dia dah siap2 masak suma..dah siap2 kemas beg suma nak balik kan..dah rindu rumah la tu..dah seminggu kat rumah anak dia..nunggu kakak aku balik keje..dalam kul 9.00 pm cam tu kitorang gerak la nak balik Kulim..banyaknye brang Tuhan jer tahu..sampai Kulim around 1.00 pm lebeh..aku as usual..tido tak sedar2 kat belakang..Sampai kat Serdang, Kedah (ayah aku kuar exit Bandar Bharu) aku sambung bawak sampai rumah..tamat la cita aku kat sini..busan kan..layan jer la labu..

23.10.08

Baling Batu Sembunyi Tangan

Baling Batu Sembunyi Tangan adalah satu ungkapan kepada mereka yang contohnya suka kata kat belakang, mengumpat, melaga2kan orang dan mengadu domba..dorang2 ni suka merosakkan silaturrahim orang lain demi nak selamatkan diri sendiri (tak mau bagi orang kata or masam muka ngan dorang) kemudian pretend cam tak buat apa2..kata kat belakang kemudian tuding jari kat orang lain pon sama gak..tu kira menganiaya orang..orang yang tak salah n tak tau apa2 jadi mangsa..tak adil dan melampau kan..memang sangat melampau..dan tak boleh dimaafkan..*dushhhh



Arissa Arissa..Macam macam..Haih~


Dok cakap apa Arissa...



Comelnya...cam anak Jepun aihh..



Masa ni montel skit..




Pandai posing budak ni..nyanyi pon pandai..menari lagi la pandai..




Ala cian..kata mak dia dia baru recover dari demam..sebab tu cam kuros sket..ni gambar masa "Open Office" hari tu..


Kenapa aku letak gambar Arissa?


Ada cita yang aku nak storykan..first..pada yang tertanya sapa Arissa ni..apa hubungan dia ngan aku..ni aku nak explain skit..Arissa ni anak Kak Na..comel sangat..dia ni baik sangat..Arissa ni kira anak sedara aku la..


Alkisah pada satu hari tu..hari yang sama kitorang buat "Open Office"..kiranya malam la..aku pon dah ingat2 lupa dah cita dia..Kak Na la yang story kat aku..Kak na n Fam pegi open house umah sape ntah..dorang tengah makan kacang la..sekali si Arissa ni masukkan kacang dalam hidung dia..dah kacang masuk hidung..mesti la sakit kan..bawak pegi klinik dr tak nak kuarkan sebab lobang idung dia kechik..pastu pegi kat satu klinik satu lagi (spouse kepada dr yang memula tadi tu)..dia guna pengepit (apa ntah proper nama dia aku lupa dah) kuarkan kacang tu..meronta2 la si Arrisa sebab sakit..memang sakit wei..kacang tanah yang besar tu dia masukkan kat dalam idung..idung orang dewasa pon tak leh masuk tau..dia dok nangis2 cakap "sakit sakit sakit"..memang la sakit..ha pas ni jangan buat dah..haih~


Mak, abah n tok dia usik2 dia cakap nak kasi tau aku..ha ha.."tak mau la" dia kata..tau pon malu..mak dia kata.."Ha..nanti nak suruh Lolo masukkan dalam blog"..apa la Kak Na..Arissa tu kechik lagi..mana paham dia blog2 ni..


Moral dia jangan la biarkan anak anda main2 dengan benda2 kecik yang boleh menyebabkan dorang tertelankan ke termasuk kat dalam idung atau telinga ke..kan..awasi dorang selalu..yer..

P/S: Lolo tu panggilan Arrisa kat aku..dia panggil aku Lolo jer..haih~

22.10.08

Hati gue suam2 kuku jer

Haih~

Bila la aku nak update pasal trip ke Singapore hari tu..sebab aku cam takdo idea nak mula kat mana..lagi pulak otak serabut serabai..hmm..tunggu la yer..


Malam ni sejok semacam..sebab petang tadi hujan lebat cam nak runtuh bangunan..sangatlah scary..tiap2 hari hujan..lebat plak tu..seolah2 membasuh dosa2 manusia di muka bumi ni..hmm..termasuk la aku..

Update on Open Office

Ni aku upload picas masa "Open Office" kitorang hari tu..masa aku wat entry hari 2 aku blom mintak picas ngan June..tetengok la yer..



Antara juadah yang terhidang


Kuih talam taku, puding laici ngan nasi impit..



Kak Na Buat neh..



Nasi minyak and lauk pauknyer..


Antara jemputan yang hadir sama memeriahkan "Open Office"






Geng Persada Travel (sebelah jer)..



Ani yang nak gak posing ngan makanan..yang sebelah dia tu orang kuat Tabung Haji..



Kak Ani (Kursus Perkahwinan) ngan anak sedara dia kot..


Antara orang2 kuat yang menjayakan "Open Office" ni


Mrs Manager yang malu2 masa aku nak ambik gambar dia..






Kak Na dengan roti jalanya..


June dengan roti jalanya (sorang lagi dok tunjuk roti jala..ada apa dengan roti jala sebenarnya neh? ngeh ngeh ngeh)..


Arissa, Arieq n Along (3 A) yang memeriahkan suasana..



As usual..gambar tuan blog yang muka bulat cam pinggan..



Haih..sweet kan..Mama Fed Arieq puding..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...