9.1.09

Allah selamatkan mereka

Semalam aku tengok news kat TV3..pasal apa yang jadi kat Palestine tu..tetiba hati aku jadi sebak..tetiba aku rasa nak menangis beria2..aku terkenangkan dorang kat sana..hati aku tak sampai hati tengok semua tu..masa tengah mandi aku terpikir..aku leh dok dalam shower setengah jam sambil nyanyi la la la..dorang kat sana nak mandi pon was was takot tetiba bom gugur atas bumbung bilik air dorang..aku leh sabun n shampoo berbuih..dorang kat sana jangan katakan sabun ngan shampoo, makan pon blom tentu dapat lagi..aku kat sini leh solat dengan tenang, sejok2 dihembus air-con..dorang kat sana solat sambil bertawakal kepada Allah semoga tu bukan solat dorang yang terakhir..anak2 kita leh main2 lari2 kat playground sama kawan..dorang nak main kat luar pintu rumah pon takot, mana tau ada peluru sesat ka bom sesat ka time tu..sangat menyedihkan..


Semua ni berlegar2 dalam kepala aku..semua ni menghibakan aku..semua ni menyesakkan dada aku..semua ni membuatkan aku insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada..at least aku leh jalan2 kat town tanpa risau kena tembak or bom..at least aku leh jalan dalam shopping complex sambil window shopping (window shopping jer sebab aku broke n rabak)..hati aku sakit bila mengenangkan apa yang dorang tengah alami sekarang..kenapa la mereka2 tu kejam sangat..apa la yang dorang dapat dengan membunuh ni..tak kesian ka tengok anak2 kecil nangis2 kat hospital sebab cedera kena serpihan bedilan roket ngan peluru..tak pikir ka kalau benda yang sama jadi kat anak dorang..


Aku tak berdaya nak buat apa selain dari berdoa kepada Allah SWT supaya mengampuni dosa2 dorang dan lindungi dorang semua kat sana dari bahaya..alangkah bagosnya kalau reramai buat sembahyang hajat memohon pertolongan Allah SWT..bacakan Yassin pada mereka2 yang terkorban..


Aku rasa dah melampau sangat Israel ni..dorang cam rasa dorang ni kebal..sapa pon tak leh buat apa kat dorang..dorang rasa satu dunia ni takot ngan dorang..dorang rasa dorang kuat..dorang rasa hebat sangat..sebab tu dorang berani buat semua ni..berani langgar perjanjian gencatan senjata n so on..Semoga Allah SWT membalas segala perbuatan dorang..telangkupkan ja bumi Israel tu..baru ada akai kot..


Mari la sama2 doakan keselamatan sedara2 seagama ngan kita di sana..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...