9.1.09

Habeh la..Chemey dah jari dia..

Tadi tengah aku dok sebok mengupdate pasal Palestine tu..tetiba mummy panggil turun..aku terdengar mummy dok cakap2..


Mummy: Makan ubat tu..pastu tidoq..haih..cam mana leh kena ni..


I was wondering sapa plak yang sakit..kat umah ada aku ngan mummy ja..so aku pon cecepat la turun nak tengok kan..rupanya adik laki aku..jari dia kena menatang time chain dia kata..aku tak tau la apa dia time chain tu..tapi dalam enjin la..adik aku ni baru start On Job Training a.k.a Practical Training a.k.a Indutsrial Training dia kat Toyota Service Centre kat hometown aku ni..baru 5 hari..dia ni ambik kursus membaiki enjin kat ILP..baru 5 hari dah cedera di jari..haih..


Malu gatai..sebab aku kata aku nak masuk dalam blog gambaq dia..


Dia kata jari dia pecah..aku tengok sampai kat hujung jari ha pecah..biru..cam sakit ja nampak..Doktor mangkuk ayun pi balut jari dia..esok nak bukak untuk cuci bercinta la jawapnya..dia kata tadi masa doktor cuci luka dia meraung dia..mau taknya..sakit nama pon..dia memang tak tahan sakit2 ni..muka selebet ja balik tadi..bergenang ayaq mata..huhu..esok nak bawak dia pi hospital inject n cuci..takot infection..kalau luka2 cam ni aku tak caya klinik..sebab dulu ayah aku penah luka pegi klinik tapi doctor buat cincai..akhirnya ayah aku admitted kat hospital for 4 months..ha..infection la..apa lagi..la ni 2 jari kaki dia tak leh gerak..dah keras..


Manja..mak aku siap cuci dua2 belah tangan dia yang penuh dengan minyak itam..bleh kot cuci sendiri..manja..haih..aku kata la nak bawak dia pi hospital hari ni jugak nak pi cuci..haha..bergenang dah ayaq mata..muka len ja..ahaha..takot jugak adik aku ni rupanya..kata metal..hahahaha..tapi mak aku kata tak payah dulu..sebab baru balik klinik ja..esok pagi baru pi..tu dok tidoq kat bawah lepas kena ubat tidoq..erkhz..ubat tidoq..?..doctor tules kat kulit ubat tu ubat tidoq..aku kata la ubat tidoq..apa kena mengena sakit jari ngan ubat tidoq..?..mungkin dia nak soh tidoq kot tak mau bagi rasa sakit tu..tapi tetap sesuatu..


Ayah aku dah kalut nak balik..dia dok ada kat KL nun..esok pagi baru nak balik..dia kalut nak balik malam ni..aku kata tak payah la..sat gi kalut len plak jadi..bukan leh kira 2..silap2 awai pagi esok dah sampai rumah..haih..ni la yang dikatakan mak ayah..tapi aku dah bagi jaminan akan bawak dia pi hospital esok..mummy pon ada..tak pa aih..



Ni tangkap curi masa dia tengah cerita apa jadi kat dia..kui kui..



So adik..sabaq na..esok kak bawak pi hospital..kesian dia..satu ja adik laki yang aku ada..huhu..walaupon nakal..sayang tu tetap sayang..adik nama pon..


P/S: Aku perasan dalam gambaq jari yang luka tu nampak bengkak..hampa perasan dak?

3 Mind Spoke Hand Wrote:

anakRamalan said...

kakak mithali ni..=P

and terus keluar loghat utara no..hehehehe.

Hidayah Admar said...

ishhh. dgr mcm ngeri jer !!

hOOdedLicIOUS said...

anakRamalan,
Mithali sangat la 2..mentally ada la..ahaha..saja pon..teruih kuaq loghat utara..huhu..best plak guna loghat sendiri ni..


Hidayah Admar,
Tengok lagi la ngeri..nak pitam plak rasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...