1.1.09

Goodbye 2008

HAPPY NEW YEAR 2009 TO ALL BLOGGERS IN THE WORLD



So..cam mana sambutan New Year semalam..aku dah terlupa yang semalam tu adalah malam terakhir untuk 2008..haha..semalam aku kuar makan ngan mak n kakak aku..makan kat Ahmad Seafood kat depan rumah aku ni..nanti aku update pasal ni..balik dah pukul 9.30 pm lebih..aku tertanya2 nak tengok cita apa ya..sebab dah tahu Rabu memang tak dak cita menarik sangat nak tengok..tetiba teringat cita Renjis 2 yang dah lama aku lupakan..haha..


Masa Renjis 1 dulu aku memang tak miss tengok..tapi yang season 2 ni cam malas plak..sebab cam busan n bodo2 skit episode dia..tapi semalam memandangkan aku blom mengantuk..so aku pon layan jer la..memang bodoh gila episode semalam..which is aku rasa memalukan orang melayu ja..kenapa..?..pegi cari episode semalam kat youtube n tengok..korang faham maksud aku..walaupon ini komedi..buat la kasi logik n ada moral value sket..bukan sekadar nak kasi orang gelak n fun jer..haih..bagos jugak la dorang buat Gelanggang Raja Lawak tu..at least leh la educate bakal2 comedian tanah air yang bakal jugak mewarnai industri hiburan tanah air..buat lawak bukan setakat nak kasi orang gelak n fun..tapi nak kasi message yang berguna gak dalam masa yang sama..


Tolong la wahai pengarah2 cita2 komedi..tak kisah la drama ka filem ka..tolong buat filem or drama episode yang berkualiti tinggi..this is Malaysia..not US or Europe..dorang kat sana pon tahu nak selit moral value ala2 dorang..memang la kita tak paham moral value apa yang dorang nak selitkan dalam cita2 dorang..sebab setiap society tu tak sama penekanan dia..dorang ada dorang punya interpretasi sendiri dari segi moral value ni..so kalau kita tak paham..tu bukan masalah dorang..tu masalah kita..but kalau kita sendiri tak paham moral value yang terselit dalam cita2 kita tu memang masalah besar..so please yer abang2 pakcik2 makcik2 kakak2 pengarah..


Kita dah masuk 2009..so harus ada kemajuan..sebab minda orang2 malaysia ni memang dah 100% berkembang..orang2 kita semua dah pandai2 menilai..so please buat benda yang berkualiti..jangan ingat orang Malaysia ni main tangkap muat jer yer..Nak buat filem komedi tu tak salah..tapi biar la benda tu orang paham..logik akal..nak buat filem cinta tu boleh..tapi biar la nampak ada kemajuan skit dari cita dulu2 cam Sembilu, Tragedi Oktober, Hanya Kawan, Ali Setan n so on..yer..cita tu memang best..but kalau zaman sekarang pon korang buat jalan cita dia sama cam zaman2 tu memang tak kena la..baik aku tengok Ali Setan, Sembilu, Hanya Kawan n Tragedi Oktober jer..kan..atau lebih baik aku tengok cite Shah Rukh Khan n Hritik Roshan..lagi puas hati..cita cinta dorang lagi la romantik n menyentuh hati..


Dah panjang lebar mak berleter nokz..sebagai rakyat Malaysia..aku rasa aku ada hak nak menyuarakan pendapat n ketidakpuasan hati aku..tapi dalam hal2 cam ni la..hal2 yang bersangkut paut ngan politik n kerajaan tak berani la mak..tak pasal ja aku masuk ISA..haha..apa2 pun jangan la ambik hati..aku bukan nak burukkan keja korang..tapi aku cuma nak improve ja..jangan plak korang kata hanya aku sorang ja yang rasa cita korang tak best..orang lain tu pon ada gak yang rasa benda yang sama..cuma dorang malas nak ambik port ja..untung ada aku yang nak jadi suara untuk dorang semua kat luar sana..haih..


Berbalik kepada New Year..semalam masa aku tengah menghabeskan membaca buku yang aku pinjam dari kakak aku..tetiba aku terdengar bunyi mercun..lama la gak..then baru la aku teringat..yang malam tu adalah malam terakhir 2008..n aku bersyukur yang malam semalam aku habeskan masa aku dengan menghabeskan buku motivasi yang sangat berguna untuk aku..n aku bercadang unutk beli buku tu kat MPH..tempat kakak aku beli hari tu..hmm..at least malam aku semalam tak sia2 kan..


Kalau korang nak tau..aku tak pernah sambut New Year cam orang lain yang sanggup tunggu tengah2 padang..duduk atas tanah tengah2 malam menantikan saat2 nak countdown New Year..haha..tak pernah sekali pon..aku memang tak suka tempat crowded..aku akan lepak jer kat rumah..tengok TV..tu lebih nikmat..bukan aku ni anti-sosial..cuma aku ada cara lain nak bersosial..well lain orang lain caranya kan..aku tak boleh nak katakan cara korang salah cara aku betol..cara mana pon betol..kalau korang rasa ianya betol..kalau rasa tak betol nak buat buat apa kan..life is easy if u take it in easy way..life pon boleh jadi complicated if u take it in complicated way..haha..pape jer kan..for me sometimes it's easy sometimes it's really complicated..ahaha..but aku selalu cuba live in easy way..n think positive bila berdepan dengan conflict hidup..supaya aku tak feeling down sangat..supaya aku tak hilang kepercayaan pada diri sendiri, keyakinan diri n yang lebih penting focus..supaya aku sentiasa kekal dalam orbit aku..


Banyak perkara yang nak di buat tahun ni..ni bukan azam ok..cuma perancangan..banyak benda yang nak capai tahun 2009 ni..n aku akan pastikan parancangan aku tu menjadi..insya-Allah..aku akan cuba sedaya upaya..bukan senang nak mendisiplinkan diri ni..for me la..orang lain aku tak tau..tapi aku tau yang memang susah untuk aku paksa diri aku untuk disiplin..it will take sometimes untuk aku biasa dengan sesuatu yang agak baru..n i know kalau aku put on more effort aku akan berjaya..


Aku ada mention yang 2008 adalah tahun yang sia2 pada aku kan..yang mana i have wasted my time tanpa buat apa2..actually..bila aku cakap ngan kakak aku..baru aku sedar yang sebenarnya aku tak la wasting time sangat..at least ada gak benda yang aku buat..sebenarnya aku dah buat 1 perubahan besar yang mana sebenarnya susah untuk orang macam aku ni nak buat..tapi aku tak suka nak cakap pasal benda ni sebab nanti jadi cam takbur..bila aku start cakap pasal benda ni ja nanti aku akan berubah jadi macam dulu balik..tu yang aku tak mau..biar aku ja yang tau..but aku rasa orang yang berada keliling aku perasaan akan perubahan aku ni..aku akan cuba kekalnya..insya-Allah


But after all..aku puas hati gak la dengan 2008..memandangkan aku berjaya mengukuhkan platform aku dalam kerjaya aku..aku sekarang ni dalam learning proses..tengah strenghtening my skill n collecting experience..aku tengah memperbaiki serta meningkatkan kualiti diri aku sendiri..aku tengah cuba sedaya upaya meninggikan nilai diri aku sendiri..haih..susah nak dirungkaikan sebenarnya..apa yang penting..2008 tak la wasting sangat..i'm improved tanpa disedari..tapi orang lain nampak..sebab tu aku suka sembang ngan kakak aku..sebab dia selalu menjadi pembakar semangat, motivate and educate aku..yang mana hanya aku yang paham apa yang dia cuba nak sampaikan..thanks dear sis..


Setiap kali aku cakap ngan dia pasal hidup dia pasti ada cara n idea untuk bantu aku mengenal diri aku, kebolehan aku, skill aku n nilai diri aku..dia macam ayah aku..ayah aku pon cam ni..but they have their own way yang mana aku lebih selesa dengan kakak aku berbanding ayah aku..bukan sebab ayah aku tak bagos..tak..tapi aku lebih selesa ngan kakak aku..in motivation..takdak sapa leh lawan ayah aku..dia memang pakar..cuma aku ni anak yang keras pala n pelik skit yang tak berapa selesa dengan ayah sendiri..ntah apa2 aku ni..bukan tak selesa ngan cara dia..tapi tak selesa dengan dia..mungkin sebab ayah is ayah kot..jurang tu ada antara anak n ayah..kakak ni lain skit..aku ngan kakak aku ni sejak dah dewasa ni lebih rapat...cam kawan..ya la memandangkan aku takdak kawan n dia pon takdak kawan..so kami kawan dua ja la..dalam soal hidup aku suka bersembang dengan kakak aku..sebab aku rasa dia ada ja jawapan untuk semua persoalan aku..


Dah panjang lebar aku dok merapu ni..korang pon cam busan dah dok baca..dah jadi artikel plak ni..maap la ya..aku kalau dah mula meluahkan apa yang ada dalam pikiran aku memang macam ni..lupa dunia plak..kalau korang tak paham buat2 paham ja la..ok la..aku tinggalkan korang dengan persoalan yang akan membuatkan korang mula berfikir tentang diri dan masa depan korang..


  1. Adakah korang berpuas hati dengan hidup korang sekarang?
  2. Adakah korang berpuas hati dengan apa yang korang ada sekarang?
  3. Apa yang korang sangat2 mahukan dalam hidup korang sekarang?
  4. Bagaimana korang nak memperolehinya?
  5. Apa korang kena buat untuk capai n perolehi kemahuan korang tu?

Fikirkan dalam2..Jangan tipu diri sendiri.

2 Mind Spoke Hand Wrote:

The Spiral Eyes said...

patutnya kamu suruh aku jawab soalan kamu ni sayang...

kamu tahu ini adalah entri terpanjang dari kamu dan penggunaan bahasa juga semakin baik..

hOOdedLicIOUS said...

The Spiral Eyes,
Pasa kalau ko nak jawap pon boleh..tak pe..yer aku tahu dan paham dengan kebosanan ko nak baca entry yang panjang2..haha..aku tengah cuba memperkayakan bahasa aku..chewah..neway thanks for the compliment..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...