31.1.09

Jangan, jangan dan jangan!!!!

Dah lama tak bukak Yahoo Mail..aku memang jarang check email yahoo ni..masa tengah delete email2 spa, aku terperasan ada email dari ayah aku..so aku nak la kongsi dengan korang semua..rajin2 la baca no..


*****************


Jangan biasakan berbohong
.

Kerana ia adalah ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kepercayaan & kasih orang kepada kita.


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
Kerana
mati boleh datang bila-bila masa.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
tidur selepas solat Subuh.

Nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti
rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nantikita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.



Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.




P/S: ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

2 Mind Spoke Hand Wrote:

Signorina Syima said...

jangan...

kangan tak komen dalam blog aku...

hOOdedLicIOUS said...

Signorina Syima,
Huish..musti..musti komen punya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...