24.1.09

Nak apa?

Masa korang tengah baca ni aku dah pun gerak ke KL ngan mummy..singgah KL jap sebab kakak n adik aku ada di sana..then gerak ke Terengganu..aku tak suka drive pepagi sebab nanti mula la nak ngantuk la apa la..sangap la..busan..tapi nak buat cam no kan..perjalanannya jauh..so kena la bertolak awal supaya leh gerak ke Terengganu pon awal..


Aku perasan sendiri yang aku ni jadi garang plak 2 3 hari ni..garang yang melampau..kira nak marah jer..tu pon aku control2 memek muka aku..kalau tak memang cam singa lapar..PMS PMS..terok cam ni..aku memang control emosi aku ni..kalau tak memang terok la..aku sendiri pon tak suka..orang lain lagi la..menci la..bila ada perasaan marah n nak belasah orang dalam diri ni..cepat la period ni habes sebab aku meluat dengan muka aku yang garang cam singa betina hilang anak ni..haih..


Semalam (kalau ikutkan..tadi la..sebab ni entry auto publish) dapat panggilan dari ex aku..sebenarnya..aku harap dia tak call aku lagi..memandangkan aku nak lupakan semuanya pasal dia..tapi dia ni asyik nak mengganggu ketenangan aku..call aku pada waktu yang salah..buat aku teringat balik semua pasal dia..then dia senyap berbulan2..elok aku nak ok n lupa semua..dia call lagi..maunya aku bom rumahnya cam Israel bom Gaza baru dia senyap selama2nya..


Dia nak jumpak aku..nak jumpak buat apa lagi..dah dah la..dia dah ada kuarga pon..nak cari aku lagi buat apa..haih..nak lari pegi jauh2..tapi nak lari mana..haih..aku memang perlu cari ketenangan diri..malangnya aku tak leh solat..tu yang buat aku serabut kepala..Semoga Allah SWT tabahkan hati aku..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...