26.4.09

Granny Square Vase Cover @ Terengganu



Sepanjang minggu lepas aku berada di Terengganu bercuti..Cuti-cuti Malaysia la katakan..sungguhpun aku ni cuti seminggu, keja tetap keja..aku tetap layan customer yang call tak berhenti-henti..nak buat cam mana..keja kena buat gak walaupon cuti..


Perjalanan ke Terengganu melalui Kelantan amatlah memenatkan..Sebab jalan berbukit2, berliku2..nak kata jalan tak berapa nak elok tak jugak..jalan dalam kondisi yang ok..perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam..Sebelum ni aku pg ikut KL-Bentong..oleh kerana aku tinggal kat Kedah..so ikut Kelantan lebih dekat lagi..


Sepanjang perjalanan panas terik..cuma malam ja hujan skit kat Terengganu..tak la lebat mana..gambar kat atas tu aku ambik kat sebuah perhentian dalam kawasan Perak..udara dia sejuk ja..kawasan gunung yang sayup mata memandang tu dah masuk kawasan Thailand kata ayah aku..


Sepanjang kami di Terengganu (tinggal di rumah kakak aku), masa aku banyak dihabeskan dengan mengait (crochet)..sebelum aku bercuti aku sempat la melawat blog mereka2 yang minat crochet ni..ada satu blog milik seorang housewife yang tinggal kat England, pattern crochet dia sangat simple dan cute..so aku pon ambik peluang cuti panjang ni nak polish skill mengakit aku..kasi mantanp orang kata..chewah..kiranya aku sempat siapkan 2 projek sepanjang cuti ni..senang dan cute..tapi aku bagi dengan kakak aku sebab dia nak..nak mencantikkan rumah dia la kononnya..ambik la labu..aku leh buat lain..




Ni rupa vase cover tu..pada aku cute ja..pada korang suma tak tau la kan..Kanapa aku pilih color ni..?..sebab tema ruang tamu dia warna panas..curtain dia sama color dengan tudung meja dia ni..so aku pilih padanan colour ni untuk vase dia..





Untuk buat vase cover ni aku guna benang acrylic yang biasa ada jual kat kedai bunga tu..kat tempat aku susah nak dapat benang jenis lain..yang banyak ada benang jenis ni..Minlon & Ondori..yang ni memang 100% acrylic..so kalau nak buat baju tu memang tak bleh la kan..sebab panas..huhu..




Untuk buat vase cover ni, aku siapkan 10 keping Granny Square ni dan sambungkan antara satu sama alin..kemudian untuk bagi muat2 dengan vase ni aku tambah lagi 2 baris atas dan bawah..





Aku ambik masa 2 hari untuk siapkan vase cover ni..Alhamdulillah siap jugak dan hasilnya macam kat atas ni..apa yang penting kakak aku pon suka..mak aku pon kata lawa..ayah aku yang memang tak tahu menahu pasal kait-mengait ni pon suka..aku pon sedikit berbunga-bunga sebab semua dok puji-puji..


Lepas siap ni aku ingat nak rest seketika..nak jalan2..so kami pegi ke Kemaman untuk beli sedikit ole-ole untuk bawak balik ke Kedah..keropok kering Kemaman boleh tahan sedapnya..dalam perjalanan balik ke Paka (kakak aku tinggal di Paka), kami singgah di Mesra Mall memandangkan ayah aku blom penah sampai ke sini lagi..takde banyak sangat yang dibeli disini..aku cuma beli 2 buah novel yang ada dalam wishlist aku..nak tau novel apa sila refer pada wishlist aku ya..ayah plak beli magazine auto..


Kami jugak sempat singgah di pasar basah Paka untuk beli ikan memandangkan esoknya kakak aku nak bawak kawan2 yang sama2 satu office masa dia di KLCC dulu 2 lunch di rumah..

3 Mind Spoke Hand Wrote:

Leenoh said...

Salam tuan rumah,
Saya lihat apa yang ditunjuk tu semuanya cantik dan menarik.
Berbalik pasai jalan ke Terangganu tu, memeanglah selepas sahaja Pengkalan Hulu mulailah kita temui bukit bukau yang lebih banyak berbanding dengan disebelah Kedah,
Dulu saya pernah kira bilangan liku-llkunya itu berjumlah lebih dari seratus.
Tetapi saya lebih suka memandu ke sana berbanding ke KL, jalan tu kereta tak banyak dulu la sekarang ni entah la.

hOOdedLicIOUS said...

Salam Mr Leenoh..
Thanks sebab sudi jengah blok saya ni..jalan melalui Grik tu sekarang boleh tahan banyak kenderaannya..kebanyakannya lori yang panjang2 dan berat2 muatannya..kalau malam sangat menakotkan..tapi kebanyakan pemandu lori bertimbang rasa..memandu melalui jalan Grik di waktu malam sangat menakotkan..

[S]itie [B]Um [B]Um said...

cantiknye pemandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...