27.4.09

Sweet Berries Handphone Casing @ Terengganu









Percutian di Terengganu sangatlah menyeronokkan..jalan2 tepi pantai..pantai dengan rumah kakak aku tak jauh..dalam 2 KM jer..boleh mandi ke tak itu aku kurang pasti..tapi pada aku baik tak yah mandi..pantai dia mcam berteluk..kira dalam la..dengan ombak yang kuat..takut jugak la nak mandi pon..tapi rata2 aku tengok banyak yang memancing..





Pantai kat Paka ni memng bersih..cuba amati betul..ada nampak sampah tak..tak kan..memang bersih..pasir dia pon bersih ja..kerajaan Terengganu memang bebetul berusaha keras untuk menjayakan Tahun Melawat Terengganu dorang..sekitar kawasan rekreasi dan perlancongan dia memang bersih..





Paka memang dekat dengan Kerteh..dalam 6 minit perjalanan..apa yang ada kat Kertih..?..apa lagi kalau tak logi penapisan petroleum dan gas yang terbesar milik Petronas..sapa yang pernah pg tau la besar mana..





Oleh kerana kakak aku bising nak aku buatkan casing untuk hp dia aku pon start la dengan project kedua..Sweet Berries Handphone Casing..kenapa aku bagi nama ni..sebab warna yang aku gunakan adalah warna2 yang sweet dan warna2 berry..aku macam excited sikit buat casing ni sebab ni first time aku nak buat project macam ni..









Aku mulakan dengan membuat 5 keping granny square..kemudian aku sambung bagi jadi casing dan penutup dia..actually aku ada buat tambahan 2 baris sebab hp kakak aku tu cam gemuk n besar..so kalau aku tak tambah lagi 2 baris alamatnya sendat la casing ni nanti..




Casing ni kalau untuk hp biasa memang la tak sesuai sebab besar..kalau hp yang kecil, kena kecilkan granny square dia..





Bila siap ja casing ni aku terpk plak cam mana la nak tutup kalau takde butang ke apa ke kan..nak cari butang plak aku bukannya tau kedai jual alatan menjahit kat mana..sepanjang aku berjalan2 ni tak plak aku jumpak kan..then aku dapat idea untuk buat sendiri butang dia..so ni la hasilnya..sekali lagi ayah n mak aku bagi komen yang positif..mak aku siap suruh aku buat lapik meja n tv untuk kakak aku guna granny square ni..haih..tu lain hari la plak..sebab aku nak sambung alas untuk meja tepi katil aku dulu..


Seronok sebenarnya bermain2 dengan granny square ni..sebab kita tukar2 color..so tak la boring kan..aku ada buat sarung bantal sebenarnya...actually dah lama siap..sebelum aku pg Cuti2 Malaysia lagi..memandangkan aku blom jahit kain lapik dalam n belakang dia..aku taknak la update kat sini lagi..Insya-Allah bila dah totally siap aku akan update..

5 Mind Spoke Hand Wrote:

kenet! said...

nice..

nak 1 leh x??

hOOdedLicIOUS said...

Kenet,
Bleh jer..*kenyet mate*

June said...

mana rayyan punya nih!!!! [hentak hentak kaki]..nak yang macam pasu bunga tu.. nak besaq meja

hOOdedLicIOUS said...

huhu..rayyan punya coming soon..besaq meja..?..terjojoi bijik mata cek..huhu..

[S]itie [B]Um [B]Um said...

di mana2 stiching tetap jalan ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...