18.12.09

1 Muharam 1431h


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...