16.12.09

E- Jenazah?

Masa tengah blog hopping tadi..terbaca satu entry yang di buat oleh Kak Jijah..zaman serba canggih ni semua bleh dapat secara online..ko cakap jer ko nak apa..semua ada..yang penting ko ada internet..selingan...(anak pon orang jual..tak caye baca la paper Metro semalam..orang jual anak..tapi takde la jual dalam internet..nak mampos..baru beroperasi tak sampai sejam ko dah kena serbu polis)..sambung balik..

Tapi mesti ada yang kata..kain kapan tak leh beli kat internet..ko salah ok..sekarang di kat utara ni dorang dah start promote service uruskan jenazah secara online ok..ko bleh daftar kat web dia..bleh bayar dengan kredit kad lagi..antara perkhidmatan yang disediakan (yang dipetik dari web dia) adalah:
  1. Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian.
  2. Khidmat nasihat kepada waris si mati.
  3. Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS.
  4. Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah.
  5. Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian.
  6. Memandikan Jenazah.
  7. Mengkafankan Jenazah.
  8. Solat Jenazah*
    *Membantu dalam menyelenggarakan Solat Jenazah dengan waris.
  9. Pengebumian Jenazah.
  10. Hadiah Qatam Al-Quran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz.
Sumber: web dia sendiri

Hari tu ada Chinese dekat town aku ni ninggal..aku ada nampak la signboard kat khemah..promote company yang uruskan funeral ni..rupanya ada company yang offer service untuk uruskan mayat si mati dari A 2 Z..lengkap dan sangat high class plak tu.beroperasi 24 hours ok..janji ko ada duit..ko tau la Chinese kan dorang ada several upacara bila seseorang tu mati..banyak benda la nak kena sediakan..nak cari tu ni..so dengan adanya company yang offer service cam ni..ringan la keje keluarga dia..aku ingat kat Europe dan sewaktu dengannya jer yang ada..rupanya Malaysia pon ada..

Uruskan jenazah orang Islam takde la susah mana..cuma ko kena cari orang masjib untuk uruskan jenazah..beli kain kapan..beli keperluan untuk mandikan jenazah..kalau ko join khariat kematian kawasan kejiranan korang, korang tak susah..sebab orang masjid akan sediakan semua benda..korang cuma uruskan sikit2 jer..tengok tempat jugak..kadang2 tu ko kena sediakan semua benda jugak..

Tapi dengan adanya company yang offer perkhidmatan ni..aku rasa bagos la..kira dorang ni ambik fungsi khariat kematian la..bezanya dorang ni offer service A 2 Z la..plus dia ada service catering (kanopi pon ada) untuk kenduri tahlil, baca yasin dan seangkatan dengannya dan jugak service buat batu nesa..ok kan..semua ada..pada yang jenis tak berdunia dengan masyarakat (jenis yang suka dok rumah tak cakap dengan sapa) bleh la daftar..pada yang baru pindah rumah baru yang mana kawasan kejiranan ko memang tak ramai Muslim plus belom ada masjid atau surau pon bleh daftar..senang..kita tak tau bila ajal nak menjemput kita kan..baik bersedia awal2..kang tak tau plak nak buat apa..

Kalau ko tengok drama yang bertajuk Suara Dari Kubur..lakonan Ridzuan Hashim, Gambit & Yasmin Hamid tu ko akan faham apa yang aku cakapkan..ada jugak Muslim yang tak tau nak buat apa bila ada kematian dalam rumah..tengok jugak cita Tanah Kubur..sama jugak..kalau daftar ko just call jer cakap ada kematian..dorang akan datang buat semua benda..apa yang best dorang ada buat consultation jugak..so ko takkan terpinga2 la kan apa nak buat lepas semuanya selesai..

Oh ya aku belom bagitau lagi kan apa nama web dia..ok pada yang nak tengok web dia..nak daftar ke apa ke kan..bleh klik sini..e-jenazah..yang best bleh bayar pakai kredit kad..Semoga Allah pelihara kita dari keaiban dan kesengsaraan ketika mati..Amin..(tetiba- motif -unknown)

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...