28.6.09

Hari yang mengejutkan

Ahad adalah hari yang sangat mengejutkan..mak Kak Na meninggal..then something happen kat rumah lagi..hmm..cam tak caya pon ada..cam pelik pon ada..cam musykil pon ada..apa2 pon..i just leave it to god's hand..susah nak difikirkan..memandangkan aku ni pon cam masih my mom n dad's little angle..chewah..angle kah?...

Demam Transformers

Mana-mana pagi orang cakap pasal Transformers..kenapa ya..sebab dia super best..hak hak hak..Jumaat lepas aku pagi tengok dengan adik aku..sangat mengujakan..rasa cam nak tengok lagi ja..part yang hero mati (sementara) tu aku cam "sedihnya..kenapa dia mati.."..tapi yer la..hero kan..mana mungkin hero mati kan..cita Shah Rukh Khan ja Hero selalu mati..


Overall cita tu..aku kasi seploh bintang..wah gila tamak..tak pe arrr..pada yang belom tengok sila la jangan lepaskan peluang pegi tengok..sangat syiok ok..lain dari Trasformers yang first tu..yang tu tak berapa best la..yang ni memang full of action la..dari mula sampai habes..2 jam setengah memang tak terasa..rasailah gegarannya di panggung chewah..promo free plak..tapi memang lain la..kalau ko tengok kat TV ngan kat cinema..kan..dia punya feel tu lain..yo la tu..huhu..


Pas habes cita transformers..aku ngan adik aku sambung tengok cita Jangan Pandang Belakang Congkak..hampeh..boring gila cita tu..adik aku nak tengok sangat...memang boring gila..sangat hambar dan slow..dan bodoh jugak..hmm..nak buat komedi..tapi tak jadi la komedi dia..nampak bodoh ada la..1 bintang pon aku kedekut nak kasi kalau cam ni tau..

Innalillah...

Pagi ni selepas aku update pasal MJ tu aku dapat berita yang amat menyedihkan..Mak Kak Na dah kembali ke rahmatullah..Innalillah..............

Sebetulnya aku call dia nak tanya password email company..tetiba dengar suara dia cam sedih2..sekali dia bagitau makcik dah takda..aku cam tersentak..cam tersedih..terconfuse..bukannya apa..dah berbulan aku tak terngok makcik..n dia dok bersungut yang aku tak pi tengok dia..memang tengahari aku dah plan nak pi tengok dia kat hospital..semalam Kak Na call bagitau makcik admit sebab sesak nafas..n darah tinggi dia naik sangat2..dan lagi jantung dia ada masalah..sekali dia dah tak ada lagi..sangat terkilan dan menyesal sebab tak pegi lawat dia..sedih plak aku ni..aku nak pg hospital sekarang cam tak kena plak..sebab orang dok sebok2 nak uruskan jenazah nak bawak balik rumah..tak tau kol berapa dorang nak bawak balik rumah..nak call Kak Na cam tak kena sangat..ohhhhhhhhhhh....sangat tertekan di saat2 ni..

Untuk pengetahuan semua..wajah makcik ni sama sangat dengan mak angkat aku yang mengasuh aku dari kechik sampai aku besar..mak angkat aku ni pon dah meninggal..time tu aku kat Serawak..kira baru sesangat kat sana..cam no nak balik..tapi tak la nyesal sangat sebab sebelum aku pegi sana aku dan jumpak dia..tapi makcik..aku tak sempat nak jumpak..hmm..sedih..

Apa2 pon..aku mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh makcik..Semoga Allah menempatkan dia di kalangan orang yang soleh dan dikasihinya..Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepadanya...

Michael Jackson "This Is It''



Wave of goodbye..tak tau la bila dorang ambik pic ni..but muka n pandangan mata dia tu sangat lain macam..cam menyayat hati gitu bila ditenung lama2..seolah dia nak kata "selamat tinggal semua..ini adalah pertemuan kita yang terakhir.."


Bila dah meninggal baru la orang nak ingat semua jasa2 dia..haih..tu dah adat..aku pn sama la termasuk dalam golongan orang2 ni..bila dah meninggal baru nak ingat lagu2 dia..nak sedih..manusia ni memang dah lumrah dia cam tu..masa ada tak teringin nak pandang or kenang pon..bila dah meninggal baru la kuar cita2 baik..derma sini derma sana..n 1 more thing..kebanyakan kalau meninggal, dorang akan mula nak cita yang baik2 pasal dia..jasa dia..pengorbanan dia..sumbangan dia..tapi MJ plak..bukan setakat jasa dan sumbangan dia dorang nak cita.. hal hutang piutang dia pon dorang nak canang merata2..hmm..apa2 pon bagi la muka skit kan..orang tu dah tak de..so hormat la skit..ni baru berapa jam disahkan meninggal dorang dan sebok korek hal hutang putang dia..ada ka patut..tak tenang roh orang tu..dah la mayat dia kena autopsy bagai..sakit tu Allah SWT je yang tau.. orang bukan Islam bukan main lagi dok belek mayat dia semua..ya la dia kan Islam..cam tak syok plak orang bukan Islam dok kesahkan hal autopsy dia..pegang mayat dia kan..bila difikirkan balik kan..bersyukur la orang malaysia ni dok kat malaysia..yang mana Islam adalah agama rasmi kita..kalau cam katUS tu..haih..takot nak pikir pon..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..harap2 takde la Jackson sefamily berebut2 nak kebumi dengan cara masing2 ya..ingat2 la..dia tu dah masuk Islam..sudah semestinya nak kena dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan ikut cara Islam..semoga Allah SWT melindungi jasad dia dari benda2 yang tak elok dan mengaibkan..sebagai orang Islam marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada dia..semoga Allah SWT mengampunkan dosa2nya dan menempatkannya di kalangan orang2 yang soleh dan dikasihiNya..Amin..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...