1.1.10

It's 2010..


First of all i would like to wish everybody (my blogger friends, my good good friends from school, Uitm & Unimas, my colleague and not to forget my beloved sisters and brothers) a very Happy New Year 2010..there go another year of my age..

Cakap omputeh plak..takpe la sekali sekali..3 kali naik kepala..pantun orang utara..huhu..ucapkan selamat tinggal pada 2009..dan selamat datang kepada 2010..sesungguhnya 2009 takkan menjengah lagi sampai bila2..apa yang berlaku dalam 2009, suka duka dah jadi sejarah..walau pahit mana pon kita redha jer la..sebab apa yang berlaku tu dah berlaku..jadikan sebagai pengjaran dan panduan untuk merancang tahun 2010 pulak..

Ok macam biasa..apa azam tahun baru anda..?..i tak berapa suka word AZAM..sebab bila kita kata azam selalunya kita tak buat pon..so i lebih suka cakap perancangan tahunan..so..apa perancangan anda untuk tahun 2010 ini?..bunyinya lebih specific kan..

Tahun ni satu perubahan yang akan dibuat di mana i nak start berhijab..actually quite lama jugak la merancang nak tutup kepala ni..cuma asyik bertangguh atas sebab2 yang susah nak dirungkaikan makanya benda ni jadi delay..rasanya cukup la tangguh benda baik ni..sebab Allah taala bila dia perintahkan Malaikat ambik nyawa dia takkan bertangguh walau sesaat pon..actually takot tu ada..kalau2 mati tak sempat nak bertaubat..dah la banyak dosa..sampai rasa dah terpanggung lagi kepala ni dek kerana berat dengan dosa..

Bila difikirkan balik..i sokong apa yang dihujahkan oleh cik Spiral Eye pasal sembahyang dengan tudung..sembahyang beria2 kalau aurat tak jaga tak guna juga..ada jugak i baca dalam buku yang mengatakan Allah SWT tak terima ibadah orang yang tak tutup kepala dia..menakotkan..so dah2 la kot tayang rambut kat orang i rasa..tiba masanya untuk i berhijrah..

Lain2 yang i nak buat mungkin nak mantapkan lagi skill2 yang ada yang boleh membantu dalam career development..especially PR la kan..masih ting tong lagi..selain dari tu..ni perancangan jangka panjang la..mungkin have to berhijrah ke tempat lain kot..may be bidang lain plak..or maybe melangkah setapak ke hadapan..yer la..umur makin banyak..expenses makin meningkat..so kena cuba career lain mungkin..but tu perancangan jangka panjang la..we gonna see how la kan..

Tahun ni usia makin meningkat..setahun dua lagi nak masuk 30 an..rasanya kalau nak kawen orang nak kata gatai dak?..ada dak orang nak kata anak dara gedik..?..ni pon perancangan jangka panjang..sebab jodoh tu kat tangan tuhan..kita ni bleh merancang je la..sebelum nak kawen kena la ada bf dulu..kalau takde camno nak kawen..huhu..tu masalah tu..takpe namapon perancangan jangka masa panjang kan..kita wait and see jer la..

So i harap 2010 ni bersinar terang dengan harapan2 yang baru..semoga my perancangan berjalan dengan lancar..dan semoga semuanya selamat..sesungguhnya i berdoa kepada Allah SWT semoga memberkati usia i, semua usaha i dan semua perancangan yang i buat..semoga sentiasa dirahmati Allah sepanjang tahun ni..semoga hidup i penuh dengan kasih sayang dan restu mak, ayah dan keluarga..i berdoa semoga Allah tetapkan iman i, terima taubat i dan ampun kan segala dosa2 i..tahun 2010 adalah tahun special bagi i..semoga kita semua dapat rahmat dariNYA..Amin..

Marilah kita sama2 renungkan petikan ni..ayah aku yang sms aku ni..muhasabah diri skit pagi2 new year ni..

Hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad 'An Abi Hurairah: Maksudnya, "takutlah kamu segala yang haram2 nescaya jadilah kamu seorang manusia, dan mahulah kamu redha dengan rezeki yang mana telah diuntukkan, jadilah engkau itu sekaya2 manusia dan hendaklah kami berbuat baik dengan jiran2, jadilah engkau itu mukmin yang kamil, hendaklah kamu perkasihkan orang sebagai kasih diri kamu sendiri, berulah kamu itu seorang Islam yang kamil.

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...