13.7.10

Cari yang baru? Senang ke?

Putus cinta akan menyebabkan seseorang itu patah hati dan mula menyediri. Mengapa perlu begitu? Tahukah anda betapa ramai orang lain yang juga kecewa dalam percintaan seperti anda. Cara paling mudah untuk kembali ceria dan cergas sentiasa, cari saja kekasih baru ! Anda tidak perlu tergesa-gera, tetapi beri ruang kepada dirimu sendiri untuk mengenali teman baru. Tidak perlu menangisi nasib dan bekurung dalam bilik. Usah buktikan kesetiaanmu jika si dia tidak layak memilikinya. Cari saja teman baru ya !

~Dipetik dari Majalah Rapi Bilangan 143 1 July 2010~



Ok..sangat teruja bila baca rapi hari ni..nak nak plak bila baca note yang kat atas tu..haih..betul jugak kata penulis page ni..kenapa nak tunggu orang yang dah buang kita..nak tunjukkan yang kita ni setia..atau masih mengharap yang dia akan balik pada kita (talking to myself actually)..it's time to move on..tapi aku dah lama move on..dah takde orang interested kat aku (kenyataan pathetic dan sungguh mengaibkan..well kenapa nak hipokrit kan) nak buat cam mana..

Ok ok..mungkin kenyataan aku kat atas tentang takde orang interested tu agak melampau..tak adil untuk diri aku dan orang lain..i'm sorry ok..sebab terlancang jari menaip..actually mungkin aku ni yang tak pernah bagi peluang pada diri aku sendiri untuk befriend dengan orang lain dan jugak tak pernah sekali pon bagi peluang untuk orang kenal aku or even cakap ngan aku..

June ada kata..yang muka aku ni terlalu serius..mungkin salah satu faktor menyebabkan orang takot, segan, malas dan meluat nak dekat dengan aku..baik laki mahupon perempuan..first impression orang kata..itu aku setuju..bukan dia sorang kata..tapi dah ramai yang kata..aku admit aku memang serius..sometimes saje2 kerutkan muka bagi nampak lebih serius dan garang..kenapa..? ntah..aku pon tak tau kenapa..mungkin nak elak dari orang tegur aku kot..aku tak sure ok..

Nak kata garang tu..agak la..tapi tak la sampai nak telan orang kan..cuma aku ni cam malas bab2 nak kenal2 ngan strangers ni..ok ok bukan malas..cuma tak selesa..senang cita aku give up la nak set up new relationship ni..baik pompuan baik laki..especially laki la kan..that's why dah tuo pon aku masih solo..tua sangat ke aku ni..hmm *thinking*

Semalam baru kene leter ngan best friend aku Aida..haih hangus aku kena ngan dia..pasal benda ni la..dia kata aku terlalu memilih..ofcoz darling aku kena memilih..salah pilih aku yang teruk..tapi aku admit aku memang memilih..bukan nak yang kaya raya atau handsome giler..cukup sekadar dia tu baik, penyayang, ada keje tetap, terima aku seadanya, bleh jaga aku, tak suka keluar rumah, terima keluarga aku dan yang paling penting bleh jadi ayah yang bertanggung jawap untuk anak2 aku..hmm..tu jer..banyak sangat ke kriteria yang aku list tu..? tak kot..

Haih..apa2 pon tengok la nanti..tapi sebenarnya aku dah lama lupa pasal benda ni..pasal hal relationship ni..malas arr..sakit kepala je tau..tapi sekarang memandangkan dah tak lama dah nak cecah angka 3 usia aku ni..nak kena pk jugak la..hmm..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...