11.7.10

I Hope They Managed To Get There Safely

Kita baru jer dikejutkan dengan cerita kapal2 misi kemanusian yang membawa bekalan bantuan untuk Gaza di tahan di perairan antarabangsa..ada yang mati dan cedera..semalam dengar satu lagi misi kemanusiaan membawa ubat-ubatan dan bekalan makanan untuk penduduk gaza dilancarkan..sukarelawan Malaysia dah berlepas pagi tadi..haih..i really hope that they managed to get there safely..tak mo jadi macam hari tu..

Baru2 ni i ada tengok documentary kat ASTRO Oasis..documentary pasal Bosnia..bukan pasal perang..tu citer 12 tahun dulu..ni citer pasal Bosnia after 12 years..negara yang runtuh akan bangun balik lepas perang..everything look fine..tapi economy tu memang teruk jugak la..60% dari penduduk dia menganggur..huh..teruk tu..tapi actually..Bosnia ni sangat cantik..ramai jugak pelancong yang pegi ke sana..tapi for me..i will definitely say no la kan..hehe..seram gitu..lets wait 10 years more ya..hehe..

Apa yang menarik perhatian i ni bukan keadaan muka bumi or ekonomi dia..tapi satu kenyataan yang dibuat oleh seorang doctor pakar yang merawat mangsa2 perang 12 tahun dulu..sekarang pon doctor lagi dia ni..at that time cuba bayangkan..takde electric..dorang pakai benzine untuk hidupkan generator..generator bukan kuat mana pon..nak bedah orang dengan lampu yang suam2 kuku tu..ngeri wei..kebanyakannya dihantar ke ICU sebab perlukan alat bantuan penafasan..bayangkan tetiba generator tu plup..padam..haih..habes la semua

Dan lagi..doktor kat hospital tu asalnya ada 90 lebih..last2 tinggal 8 orang jer..yang lain tau tak tau la mati ke..lari keluar negara ke kan..dengan peralatan yang tak cukup..doctor pon tak cukup..nak rawat ribu2 orang tu..huh..peperangan ni memang menyusahkan semua orang..yang syoknya..hospital pon jadi sasaran dorang..genocide tak mengira kechik besar tua muda..tak kira bangunan apa..apa yang penting sasaran mesti dihapuskan..haih..sedih betul dengar citer dia..

Apa yang menarik perhatian lagi..dia kata masa tu..orang yang cedera punya la banyak..ubat yang ada (yang didermakan oleh negara2 luar) kebanyakannya dah expired..BAYANGKAN LA..sedih tau..dah expired kalau guna silap2 mati sebab keracunan plak orang tu..kalau nak derma, derma la yang baru..nak derma timbunan stock lama dalam store tu buat apa..kan dah tak bleh guna dah..kalau negara yang tak kacau bilau tak pe la..mungkin tak perlu pn stock2 ubat tu..ni negara yang amat2 memerlukan..kena2 plak stock ubat tu expired..haih..kes naya kes naya..

Dan lagi dia kata..ada satu tahun tu lagi la teruk..dorang kene rawat mangsa periuk api..memang ramai giler la..tapi dorang memang takde ubat untuk rawat kecederaan..tahu ubat apa yang banyak? ubat malaria..Ya Allah..apa la nak jadi ni..dorang kata Bosnia takde 1 kes malaria pon..ubat tu berlambak2 dalam simpanan dorang..nak buat apa..? makan? atau buat ganti detergent basuh baju..yang pegi hantar ubat malaria banyak2 buat apa..ni bukan bencana alam..ni peperangan..so ubat apa lagi yang lebih penting? tentu la ubat tahan sakit, ubat hentikan pendarahan..ubat rawat kecederaan dan yang sewaktu dengannya..

So i mintak la sesangat lepas ni..please please please hantar benda yang elok untuk mangsa2 perang ni..hantar benda baru..bukan yang dah terpakai atau expired..hantar benda yang sesuai..yang sememangnya diperlukan oleh dorang..kira kalau takde, dorang akan mati..hantar barang sekolah ke gaza buat apa? dorang sana perang..memang la dorang masih pegi sekolah..tapi i rasa banyak benda lain lagi yang dorang perlukan..tapi susah jugak nak cakap..sebab dah orang dermakan benda tu nak wat cam mana..terpaksa hantar jer la..haih..sedih bila pikir..

So i nak ambik kesempatan ni nak mengingatkan bukan pada uol jer..pada diri i jugak..negara kita ni aman damai..tak de perang sana sini bom sana sini..so kita kena la jaga negara kita..kita kena bersatu hati..jangan asyik gaduh sesama sendiri je..walaupon kita berlainan bangsa kita tetap 1 keluarga..keluarga 1 malaysia..so jangan la create conflict..selama ni kita tak kebuluran pon..so lebih kurang tu tolak ansur la..

Ahli2 politik pon jangan create conflict..jangan gaduh sesama sendiri..conflict yang kecil bleh merebak jadi yang besar..jangan jadi pengkhianat negara..this is our land..our country..our home..jangan palit najis kat rumah sendiri..jangan khianati saudara kita sendiri..kita kena sedar diri kita ni sapa..we are malaysian..so kalau kita pegi mana pon dalam dunia ni..we are malaysian..kita takkan jadi American, African, Jepanese or what so ever yang lain..WE ARE MALAYSIAN..

Sayangilah negara kita..rumah kitaa..tanah kita..sebab kalau malaysia hancur kita pon turut sama hancur..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...