21.7.10

Kenapa kita stress..?

Soalan ni hanya empunya diri jer yang tau kenapa dia stress..sometimes atas sebab2 yang tak munasabah..dia stress sebab kucing dia makan ikan goreng dia..pada sesetengah orang..lerr kucing makan ikan goreng pon nak stress..goreng jer la lain..ok..tu kata kita..pada dia mungkin ikan goreng tu something kan..maybe ikan tu ikan yang last ada dalam freezer dia..or maybe dia ni seorang yang sennag nak stress..so atas sebab2 yang kecil pon dia bleh stress..ada tau orang macam ni..i got a friend masa belajar dulu..dia memang mudah stress..buku jatuh dari tangan pun dia dah stress..pen habes ink pon stress..hari2 blur & stress jer..

Persoalannya sekarang kenapa kita ni mengalami stress..kadang2 kita sendiri pon tak tau..tetiba jer rasa stress..i'm talking about feeling now..perasaan tertekan..ada kalanya kita mencari2 punca sebab apa kita stress..mungkin sebab terlalu banyak punca sampai tak tau yang mana satu yang menyebabkan kita terlampau stress..antara yang disenaraikan dibawah mungkin penah atau sedang kita hadapi.

Kenapa kita stress?
1- Rendah diri yang keterlaluan.
2- Masalah rumah tangga.
3- Masalah kewangan.
4- Perasaan hasad dengki dengan orang lain..tak boleh tengok orang lebih dari kita.
5- Dipulaukan kawan2.
6- Masalah cinta.
7- Masalah ditempa kerja.
8- Dibuli rakan2.
9- Terlalu banyak kerja/tanggungjawab.
10- Hutang bertimbun.
11- Anak-anak buat perangai.
12- Konflik dalam famili

Dan banyak lagi sebab musabab yang menjadi punca kita stress..so..bila kita stress..adakah kita berhak untuk buat orang lain stress sama? ofcoz tak kan..ada setengah orang dia boleh kawal stress dia..sampai orang lain tak tau dia stress..dia boleh senyum dan buat lawak macam biasa..orang macam ni memang bagos..sebab dia tak ajak orang lain stress sama ngan dia..

Banyak orang yang stress tu ditunjuk-tunjuk..melalui facial expression (i la tu), percakapan dan perbuatan..sometimes i tanya pada diri i..kenapa nak tunjukkan stress tu kat orang..ok..sekarang kita cakap pasal i..i orangnye yang bukan tunjukkan stress pada sebarang orang..i tunjukkan stress pada orang yang menyebabkan i stress..so people out there..kalau i moncong je muka kat uol..means u r the one who make me stress..mungkin i meluat kat u ke..mungkin i menyampah kat u ke..maybe ur attitude tak kene ngan mata i ke..dan macam2 lagi la..

So..berbalik kepada soalan kenapa nak tunjukkan stress tu kat orang..? itu akan menyebabkan orang lain turut stress..kenapa jadi cam tu..sebab suasana persekitaran yang murung mempengaruhi emosi seseorang..so kalau u ceria..orang senyum u senyum..makanya suasana persekitaran akan jadi ceria..ini pon secara tak langsung akan kurangkan stress u..

Cam mana nak kurangkan stress..sebagai orang islam apa lagi..sembahyang la..ambil wuduk sembahyang mintak kat Allah..bagi hati tenang..pikiran lapang..mintak Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk keluar dari masalah..sembahyang istikharah..mintak petunjuk..sembahyang tahjud, sunat taubat, sunat hajat..mintak diampunkan segala dosa..insyaAllah tenang jer jiwa..jernih jer muka..kusut2 semua hilang..

Sebagai orang Islam hanya pada Allah jer kita meminta..segalanya datang dariNya..kita pon datang dariNya..salah satu cara nak bersyukur adalah dengan mendirikan solat..ni tak..gaji riban2 dapat tiap2 bulan..bersyukurnya tak jugak..asyik complaint..merungut..cam mana jiwa nak tenang bila hati tak pernah bersyukur..tengok orang sembahyang turun naik turun naik depan mata..buat tak nampak jer..memang buta hati ke atau sengaja membutakan hati..kalau tak malu ngan orang sekeliling..at least malu la kat malaikat yang dok kiri kanan kita ni..haih..

I pon bukan baik sangat..sekadar mengingatkan sesama manusia..nak tak dengar tu lu punya pasal..kubor asing2 arr..mati tak tentu masa..so lu pikir la sendiri..kembali kepada topik stress tadi..selain sembahyang dan berdoa, bleh la kita pegi bercuti, spent time ngan family atau kawan2..selain tu, memaafkan orang lain pon bleh kurangkan stress..tak cayer cuba la..maaf seikhlas hati tau..experience sendiri it works..lepas maafkan orang yang kita marah tu hati rasa tenang jer..

Selain tu, boleh la relaks2kan diri, manja2kan diri kat spa..buat activities yang kita suka contohnya berkebun, tengok movie, memasak, menjahit, shopping dan lain2 lagi..depends pada minat masing2 la..cam i, i suka menjahit..so bila menjahit tu rasa cam stress tu hilang kejap..

Selain daripada tu boleh la jugak bersukan atau senaman..bersukan dan bersenam boleh kurangkan stress ok..tak caya cuba la..benda kalau tak cuba tak tau..uol rasa, dengan dok terperap dalam bilik bleh hilangkan stress ke? menambahkan stress ade la kan..so keluar dari bilik..dari rumah..hirup udara segar..buat activity yang menyeronokkan kita..insyaAllah stress hilang..

Dah takde idea dah nak merapu ape..so jangan stress2..stress boleh membahayakan kesihatan..stress bleh merosakkan perhubungan..tarra..


0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...