3.8.10

6 Perkara Yang Membuatkan Orang Meluat

Sometimes kita rasa pelik tetiba ade jer orang tak tak suka, meluat or kita rasa dia dengki dengan kita..kenapa ya..padahal kita tak buat salah pon kat dia..dan selama ni pon dia cam ok jer..tetiba kita dapat tau yang selama ni dia cuma hipokrit jer..hakikatnya dia memang menyampah giler..dan meluat gila babas ngan kita..penah tak kita pk kenapa? Kat bawah ni mungkin boleh membantu merungkai persoalan kita tu..cekidaut..

1 Tercantik dan terpandai sikit dari dia
Benda ni biasa la berlaku..nak2 plak orang tu lawa, kiut miut, comel lote..dah la tu..pandai dan bijak plak tu..ok orang cam ni memang banyak orang meluat kat dia..actually perkataan yang lebih sesuai adalah dengki..orang cam ni memang ade jer orang dengki kat dia..so those yang ada these qualities please beware ya..ada jer diantara teman2 rapat tu yang merupakan gunting dalam lipatan..so jangan mudah percayakan orang disekeliling anda..sentiasa waspada..

2 Gedik dan mengada2
Ok yang ni memang patut pon orang meluat..depan orang ramai dok buat kelaku2 yang bisa menonjolkan dirinya cam cakap kuat2, gelak kuat2, jalan melenggang lebih2, menari2 atau mengoyang2kan badan tanpa sebab tu tanda2 gedik la tu..mengada plak bila nak makan pon nak kena orang hidangkan baru nak makan..tak hidang tak makan..jalan kat jalan yang becak sikit tak boleh..nak pegi mana pon nak berteman padahal pegi sendiri pon bleh..tu semua mengada la tu..orang cam ni memang menjengkelkan..meluat tengok..

3 Suka mengarah itu ini
Hai orang macam ni memang bikin panas..keje dia mengarah orang jer..dia sendiri tak mau buat..nak ambik pinggan dekat rak belakang dia pon nak arah orang so ambik..suruh kemas barang dia la..soh jaga anak dia la..macam2 lagi..memang bikin panas..rasa cam nak simbah ngan air panas je biar sama2 panas..

4 Perangai yang tak senonoh/kurang sopan
Orang macam ni buat orang benci, menyampah dan meluat..kalau pompuan lagi la buruk..antara perkara2 yang terkandung dalam kategori ni adalah kentut tak kira tempat dan masa, batuk dan bersin tak tutup mulut, makan bunyi chup chap chup chap mengalahkan orang sakit gigi, mengunyah tak tutup mulut (kalau pompuan memang buruk giler), sendawa bunyi cam dinosour, makan kuih ke benda2 berminyak main lap2 kat baju jer basuh tangannya tidak, minum air ke makan makanan berkuah ke sampai berbunyi2 (sangat menjengkelkan tau), masuh bilik air taknak flush dan banyak lagi la kalau nak list down memang banyak giler..kadang2 tanpa kita sedari benda ni kita buat..so kalau ada orang meluat ngan kita tu jangan heran la ek..

5 Cakap banyak
Orang yang cakap banyak pon orang tak suka jugak (i la tu..mesti ramai yang tak suka aku)..ada setengah orang yang suka orang yang cakap banyak..ada yang suka orang diam..orang yang cakap banyak ni kadang asyik dia ja yang cakap..orang lain sampai tak leh nak cakap apa..banyak cakap ni bagos sebenarnya..tapi kalau tak tak bleh nak berhenti tu yang membuatkan orang menyampah (haih nak kena control ni..)

6 Mood Swing
Orang yang macam ni memang susah..sebab mood tak menentu..tapi banyaknya bad mood la..orang yang berangin ni memang tak berapa disukai orang lain..bukan sebab apa..muka nampak tension ja..so orang pon malas..lagi plak sikit2 pon nak angin..tu lagi la orang meluat..so kalau kawan2 menjauhkan diri tu mungkin sebab kita ni panas baran, cepat tension dan berangin..

Actually banyak lagi la cuma i dah letih nak memikir..maybe akan ada part 2 ke nanti..tengok la..so paling senang kalau orang tak suka kat kita jangan terus2 nak marah dan melenting..muhasabah diri..mesti ada sebab orang tu tak suka kita..mungkin ada sebab musabab mengapa kita ni tak disukai orang lain..renung2 selamat beramal..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...