19.1.10

Ok Ker????


Lama dah nak update pasal new look ni..hmm..ok ker?

13.1.10

Energizer Lithium


Yeahhh..tadi dah beli battery untuk digi cam i 2..nak ambik gambar project2 craft i yang mana yang dah siap..dah agak lama jugak digi cam tu menyepi..sebab takdo battery..kenapa tak do..malas nak beli..huhu..tadi beli jugak..mahal wei..dulu last year beli RM18.80 sekarang dah RM20..gilos melampau..so hope pas ni dapat upload gambar project2 tu..hope so la..kalau penyakit M.A.L.A.S datang menyerang memang tak leh nak buat apa dah..hee..chiow..


P/S: Jenes ni tahan lama gila ok..sangat2 lama..aku beli awal bulan 3 tahun 2009, bulan 11 2009 expired..lama la kan..dekat2 8 bulan tu..aku plak jenes yang guna melampau..kadang2 sampai tak tutup..best best..20 hengget pon berbaloi baloi..

Messy Boo Craft is now online

Salam semua..

Hari ni dengan rasminya blog craft aku beroperasi..aku bagi nama Messy Boo Craft..ok ke..ok la kan..sebab aku yang bagi..semua craft project aku aku letak kat sini..maybe akan ada yang aku jual jugak..like cushion cover, felt tee and felt bookmark and so on..ada yang berminat just wait for the update..pada yang tak berapa nak minat do browse diam2..mulut plaster..jari je gerak..

Aku bakal ada satu lagi kejutan..but this one kena tungguuuuuu...hehe..macam la aku ni artis ke ape ke kan..tapi saje je..tak tau la cam mana sambutan..but kita kena cuba kan..kalau tak cuba tak tau..so just wait for the kejutan..

Nak ajak sapa ya...


Wehhh..lama tak tengok wayang niii..isk..ni yang buat aku nak buat marathon ni..tak bleh jadi ni..nak kena gi tengok dah..sape nak join..jom jom jom kita redah panggung wayang..kasi pecahhhhhhhh...............


P/S: Tengok gambar pop corn tetiba teringin nak makan popcorn cinema yang sedap itew..kenapa popcorn cinema sedap ekk..?..

12.1.10

Project yang dah berkurun2 baru nak update..

Salam semua..

Dah lama tak update pasal project craft kan..actually ni lama punya project yang tak update2 sampai dekat setahun dah..sebab apa..sebab M.A.L.A.S..haha..kalau dah malas tak leh nak kata apa la kan..

Actually tee ni semua boleh di dapati di souvenir shop The Tree Top Walk Sg Sedim Kulim Kedah ya..saya sudah hantar semua pegi sana..oppss..except yang first tu..yang word saje tu masih dalam simpanan saya..so kalau pegi tu singgah2 la souvenir shop kami..banyak benda bleh beli..yang ni salah satu..

Ni i jahit sendiri yer..bukan printing2 ok..wording dan all the bunga la, butterfly la, ladybird la tu adalah dipotong oleh i (by gunting and by my own hand) dan di jahit oleh i jugak..hand sew..material kain felt..so pada yang teringin sangat bleh la berkunjung ke souvenir shop The Tree Top Walk Sg Sedim Kulim Kedah n beli..cek tak juai kat online..kalau sesapa yang teringin nak tee yang word saje ni (size S) bleh hubungi saya..harga bincang kemudian ya..




10.1.10

This is what I'm waiting for...9 Nyawa by RAM


Dah kluarrrrrrrrrrrrrr...yeahhhhhhhhhhh..teruja seketika ya kawan2..tapi kat bookstore kat area sini takde lagi..huhu..tu yang sedeh tu..haih..actually ada 2 novel yang belom diupdate lagi..nanti bila dah rajin2 i update..saya sangat suka Ramlee Awang Mushid..maksud i karya dia..lain dari yang lain..tak percaya cuba la baca..mesti melekat..

Di kala orang sebok dengan Sophy Kinsella, Jody Picote dan ntah sapa2 lagi penulis barat yang sedang menempa nama di dunia penulisan novel ni i masih setia dengan penulis tempatan yang sorang ni..bukan sebab English i teruk ok..tak baca novel Inggeris, tak cakap omputeh 24/7 dan tak mempunyai blog berbahasa Inggeris doesnt mean that ko buta English ya..

Berbalik kepada 9 Nyawa..bila baca sipnosis i dapat rasakan konsep cita dia lebih kurang macam Trilogy Bagaikan Puteri..i cant wait untuk baca novel ni..nak gempur bookstore sekali lagi hari ni..mana tau kalau2 dah kuar ke kan..sesapa yang nak baca sipnosis dia sila klik di sini..


6.1.10

Life is easy when you live it in easy way..

Salam Peep-pals !!

Diam tak diam hari ni dah 6 Jan 2010..kejap je nak seminggu dah kita masuk tahun baru..mood tahun baru pon masih panas lagi..me..i'm not really on my rite track..sebab isu2 dalaman yang mengganggu konsentrasi dan mood..however, i'm trying my very best untuk stay calm, cool and happy..walaupon susah actually..yer la sampai bila nak stay hypocrite kan..lelama tak tahan terkeluar jugak as what has happen last evening..tu memang dah tahan la tu..i'm not hypocrite type of person..i ni jenes yang outspoken..but sometimes you have to be hypocrite demi untuk mengelakkan masalah besar..kalau outspoken sangat pon susah jugak..so kena control la kan..walaupon susah sebenarnya..hati ni panas je kalau tengok benda tak betol depan mata..

Apa yang menjadi kepantangan i adalah..bila orang buat salah tak mengaku salah..dah la benda yang dia buat tu salah..tak mengaku plak..dia dok rasa macam dia tak buat salah..kira dia rasa apa yang dia buat tu betol la..dan lagi..i jugak pantang bila orang suka ambik kesempatan di atas belas kasihan orang lain..dah orang kesian dengan dia..dia plak ambik kesempatan dengan mempergunakan orang tu..bleh ke cam tu..kalau ko hired dia untuk tolong ko tak pe la..ni FOC jer..kira ikhlas hati..tak bleh la ko kira/fikir diri ko je..tu memang melampau tu..dalam kes2 cam ni nak jer mulut ni ringan2 sembur..haih..

Apa yang penting tahun ni..i nak keje elok2..semoga gaji yang i dapat tu berkat..semoga rezeki yang masuk perut tu halal..i ada dengar ceramah dalam tv cakap..halal ni ada banyak maksud..yang i ingat dua ja..satu halal dari segi sumber yang diperolehi..bukan dari jual arak, rasuah, mencuri, jual body dan lain2..kedua gaji/duit yang kita dapat tu hasil dari keja yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh amanah..buat keje yang diberikan dengan sempurna..jangan banyak mengulat..jangan tinggal separuh jalan lepas tu orang lain plak nak kena habeskan keje ko tu..jangan soh orang buat keje ko sebab ko malas..kalau sebab ko busy gila takpe la..so gaji/duit yang ko dapat tu memang dari hasil titik peluh ko sendiri bukan makan gaji buta..tu la maksud halal yang i ingat..so i sentiasa berdoa semoga Allah berkati gaji yang i dapat dan limpah ruahkan lagi rezeki i..

Tahun ni macam yang i dah cakap kat entry sebelum ni..i nak tutup kepala..harap2 this will last forever..semoga Allah tetapkan iman i..cakap banyak2 pon payah..nanti ada yang kata i ni nak buat ibadah pon dan pom pang pom pang merata..susah..

I love to live in easy way..malas nak pikir banyak2..tak suka nak berlumba2 berlawan2 dengan orang lain cam citer Sapa Besar lakonan Ibrahim Pendek, Aziz Satar, Normadiah dan Dato' Ahmad daud tu..orang sebelah beli radiogram kita beli set drum..orang sebelah sewa kete sport..kita sewa lori..nak tunjuk sapa besar sapa hebat..hidup ni kena simple baru happy..i ni dari kechik dah dididik untuk hidup bersederhana..so i tak kisah kalau tak dapat beli jam guess, kete continental, baju designer brand..i tak kisah pakai jam RM10..i tak kisah pakai baju jenama tesco..i tak kisah pakai tudung takde jenama..i tak kisah beli unauthentic product dari china ke, thailand ke indonesia ke..i tak kisah semua tu..pada i tu semua tak menunjukkan apa2..orang bukan nak belek pon ko pakai apa kan..bila hidup ni terlalu nak bermegah2 memang susah la..kalau kaya tak pe..kalau tak kaya tu yang susah..dah nak kene berhutang sana sini..tu yang i tak mau..Islam jugak menuntut supaya kita bersederhana dalam segala hal..dan itu jugak lah yang dipraktikkan dalam keluarga i..

Akhir kata...i berdoa kepada Allah semoga i sentiasa sihat dan lebih bersemangat tahun ni..semoga i dilimpahi dengan kasih sayang keluarga..Amin..anda bagaimana..?



2.1.10

It's not bad at all..

Salam,

Today is my first day wearing hijab..it is not bad at all..i feel comfortable and calm instead..thanks to my beloved flesh and blood sister who support and encourage me much..luv yah sis..well my planning was i should wear it on the 1st Jan 2010..as i'm wasnt going anywhere instead of staying at home watching movie and playing games..now i feel more calm and peace inside me..everyday i pray so that this will last long..forever..

Ofcoz this is not my very first time wearing hijab..i wore hijab several years ago (during my study time in uitm merbok and school time)..it was compulsory to wear hijab ( for uitm merbok student to attend classes) during that time..i heard, now no more..as for secondary school student definitely compulsory..no arguement..u have to wear it..but not all school practising this rule..there are some school do not enforcing this rule..

Whatever it is..i feel happy with changes i made to myself..i hope people around me will accept me as what i am now..

1.1.10

It was unexpected..

Salam peep-pals..

This is my first entry of the year 2010..in this very first day of Jan 2010 i thought it should one fine day..but..suddenly i got a call from someone that has been missing for quite a long time .my xbf..who has married to someone else 2 years plus ago..why he called me?..he still sayang me he said..he want me back..what's that mean..?..nak campak mana anak isteri tu cik abang oii..what i said?..a big NO of coz..tak baik runtuhkan masjid orang..i just asked him to take care of his family very well..love his wife as much as he loved me before..and let me find my happiness with someone else..we are not meant to be together..so let us be friend only..that's all..

For those who dont know..we've been together for 6 years before he married his wife..i was in final year final sem when he told me the news..cruel wasnt he..?..can u imagine how was my condition at that time..macam mayat hidup..haha..now..i'm happy with my life..masa telah mengubati lukaku itu..so for those who just been in my shoes dont worry..dont feel bad..life goes on rite..masa jugak akan mengubati anda..banyakkan berdoa pada Allah SWT..

It's 2010..


First of all i would like to wish everybody (my blogger friends, my good good friends from school, Uitm & Unimas, my colleague and not to forget my beloved sisters and brothers) a very Happy New Year 2010..there go another year of my age..

Cakap omputeh plak..takpe la sekali sekali..3 kali naik kepala..pantun orang utara..huhu..ucapkan selamat tinggal pada 2009..dan selamat datang kepada 2010..sesungguhnya 2009 takkan menjengah lagi sampai bila2..apa yang berlaku dalam 2009, suka duka dah jadi sejarah..walau pahit mana pon kita redha jer la..sebab apa yang berlaku tu dah berlaku..jadikan sebagai pengjaran dan panduan untuk merancang tahun 2010 pulak..

Ok macam biasa..apa azam tahun baru anda..?..i tak berapa suka word AZAM..sebab bila kita kata azam selalunya kita tak buat pon..so i lebih suka cakap perancangan tahunan..so..apa perancangan anda untuk tahun 2010 ini?..bunyinya lebih specific kan..

Tahun ni satu perubahan yang akan dibuat di mana i nak start berhijab..actually quite lama jugak la merancang nak tutup kepala ni..cuma asyik bertangguh atas sebab2 yang susah nak dirungkaikan makanya benda ni jadi delay..rasanya cukup la tangguh benda baik ni..sebab Allah taala bila dia perintahkan Malaikat ambik nyawa dia takkan bertangguh walau sesaat pon..actually takot tu ada..kalau2 mati tak sempat nak bertaubat..dah la banyak dosa..sampai rasa dah terpanggung lagi kepala ni dek kerana berat dengan dosa..

Bila difikirkan balik..i sokong apa yang dihujahkan oleh cik Spiral Eye pasal sembahyang dengan tudung..sembahyang beria2 kalau aurat tak jaga tak guna juga..ada jugak i baca dalam buku yang mengatakan Allah SWT tak terima ibadah orang yang tak tutup kepala dia..menakotkan..so dah2 la kot tayang rambut kat orang i rasa..tiba masanya untuk i berhijrah..

Lain2 yang i nak buat mungkin nak mantapkan lagi skill2 yang ada yang boleh membantu dalam career development..especially PR la kan..masih ting tong lagi..selain dari tu..ni perancangan jangka panjang la..mungkin have to berhijrah ke tempat lain kot..may be bidang lain plak..or maybe melangkah setapak ke hadapan..yer la..umur makin banyak..expenses makin meningkat..so kena cuba career lain mungkin..but tu perancangan jangka panjang la..we gonna see how la kan..

Tahun ni usia makin meningkat..setahun dua lagi nak masuk 30 an..rasanya kalau nak kawen orang nak kata gatai dak?..ada dak orang nak kata anak dara gedik..?..ni pon perancangan jangka panjang..sebab jodoh tu kat tangan tuhan..kita ni bleh merancang je la..sebelum nak kawen kena la ada bf dulu..kalau takde camno nak kawen..huhu..tu masalah tu..takpe namapon perancangan jangka masa panjang kan..kita wait and see jer la..

So i harap 2010 ni bersinar terang dengan harapan2 yang baru..semoga my perancangan berjalan dengan lancar..dan semoga semuanya selamat..sesungguhnya i berdoa kepada Allah SWT semoga memberkati usia i, semua usaha i dan semua perancangan yang i buat..semoga sentiasa dirahmati Allah sepanjang tahun ni..semoga hidup i penuh dengan kasih sayang dan restu mak, ayah dan keluarga..i berdoa semoga Allah tetapkan iman i, terima taubat i dan ampun kan segala dosa2 i..tahun 2010 adalah tahun special bagi i..semoga kita semua dapat rahmat dariNYA..Amin..

Marilah kita sama2 renungkan petikan ni..ayah aku yang sms aku ni..muhasabah diri skit pagi2 new year ni..

Hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad 'An Abi Hurairah: Maksudnya, "takutlah kamu segala yang haram2 nescaya jadilah kamu seorang manusia, dan mahulah kamu redha dengan rezeki yang mana telah diuntukkan, jadilah engkau itu sekaya2 manusia dan hendaklah kami berbuat baik dengan jiran2, jadilah engkau itu mukmin yang kamil, hendaklah kamu perkasihkan orang sebagai kasih diri kamu sendiri, berulah kamu itu seorang Islam yang kamil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...