24.9.11

Puding Keramel Kukus




Bahan-bahan

7 biji telur (gred A)
1 tin susu pekat
Satu cawan air
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
3 sudu besar gula (untuk karamel)

Cara-cara membuatnya

1. Buat karamel dalam loyang dulu. Goreng gula dalam loyang sehingga keperangan dan biarkan sejuk (hingga gula mengeras dalam loyang)
2. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan air. Pukul hingga berbuih.
3. Masukkan esen vanilla dan garam. Pukul lagi hingga betul-betul kembang dan berbuih.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
5. Setelah masak, biar sejuk dahulu sebelum di keluakan. Hidangkan ketika sejuk.


Buat ni masa bulan puasa hari tu..saja jer nak try2 tak sangka la plak jadi..first time buat sendiri ni..huhu..cuma manis skit la..bleh kurangkan susu pekat kalau tak suka manis..ni memang confirm jadi punya la..sedap gila rasa dia..so try la..

0 Mind Spoke Hand Wrote:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...