26.2.11

Header










It's Her Birthday !!


Hari ini, 26 Feb jam 9.45 pagi, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel seberat 3.2 kg ke dunia..gambar budak kechik tu la bayi yang dimaksudkan tadi..comel tak?



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!
BooHoo~~

I bersyukur sangat kerana dipanjangkan usia sampai hari ni..bersyukur sangat sebab Allah pinjamkan jasad dan nyawa ni untuk menikmati segala keindahan dunia dan isinya sampai ke saat ini..I sangat2 bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang yng beragama Islam, sempurna sifat, diberikan akal yang waras dan tenaga yang kuat..i bersyukur sesangat dilahirkan dari rahim ibu i, mempunyai keluarga, adik beradik yang sangat2 supportive dan positive..

I berdoa kepada Allah SWT semoga beri kesempatan pada i untuk menghambakan diri padaNya..menjadi hamba yang solehah dan sentisa bersyukur..berbakti pada mummy dan keluarga..i berdoa semoga Allah SWT murahkan rezeki i supaya i boleh tolong orang lain yang memerlukan..I berdoa kepada Allah SWT semoga diberiNya i kesempatan untuk melihat anak2 i membesar dan berjaya..dan i berdoakan kepada Allah SWT semoga diberiNya i kesempatan untuk bertaubat atas segala dosa2 i yang telah lalu sebelum Dia menjemput i kembali..Amin ya rabb..

20.2.11

Allah Hanya Memanggil Kita 3 Kali Sahaja Seumur hidup

Actually ni entry 2008 yang i rasa perlu untuk repost..bila baca balik sayu dan takut jer rasa..ni baru sikit...tapi i dah banyak yang lack..lain2 tu macam mana pulak..kalau disenaraikan semunya..tak tau la berapa banyak lack lagi ada..renung2kan la ya..



Imbas kembali entry 22/12/2008


Yang ni i dapat dari email..terkedu lidah saat membaca..bila direnungkan dalam2..betapa banyaknya dosa sepanjang hidup ni..walau bagaimana pon i bersyukur kerana diberi peringatan dan diberi peluang untuk sedar pada usia yang masih muda ni..apa2 pon i nak kongsi la dengan semua..


*********************


Allah Hanya Memanggil Kita 3 Kali Sahaja Seumur hidup


Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju
Mekah........aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum,ini pertama
kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.


Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk
Umrah di bulan July 2007 yang
lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke
Mekah.Tujuannya adalah
mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan
untuk bertanya tentang
Umrah.


Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur
hidup..." Keningku berkerut........
"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu
tidak apa 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.


"Panggilan pertama adalah Azan" ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas
terdengar di telinga kita, sangat kuat
terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan
Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan
tidak solat sama sekali
kerana malas. Allah tidak marah seketika.
Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi
umatNya, baik umatNya itu
menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas
umatNya ketika hari Kiamat nanti".


Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang, saya masih
melambatkan solat kerana
meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. MasyaAllah.......


Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan
Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat
halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan
sifatnya 'bergiliran' .
Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang
lain. Jalannya> bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya
wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang
dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram
dan melafazkan
'Labaik AllahumaLabaik/Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab
panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita
merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun
panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu".


Mata saya semakin berkaca-kaca.
.......Subhanallah.......saya datang menjawab panggilan Allah lebih
cepat dari yang saya
rancangkan.......Alhamdulillah...


"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang
kita jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara
langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita
hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan
waktumu baik-baiknya...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan
sikap yang Husnul Khotimah.... ......Insya Allah syurga adalah
balasannya....."


** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada
Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....Kala itu
hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan
semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan
berniat.........Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan
Semesta Alam...........**


Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy
ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit
dan bumi.


Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang."


"Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."


Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap
tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada......


Sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam


*******************************


P/S: Sekadar ingin berkongsi..bukan berdakwah..sebab i sedar i pon banyak salah dan silap..tak sempurna..tak layak untuk menyampaikan dakwah..Semoga Allah kukuhkan iman dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ni..


Apakah Itu Ikhlas Yang Sebenarnya?

Jom muhasabah diri !!

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, secara automatik ikhlasnya akan terbatal.

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, awal-awal lagi dah terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Wallahu a'alam

Untuk baca yang selanjutnya sila klink web link di bawah ya..

Apakah Itu Ikhlas Yang Sebenarnya?


15.2.11

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..
Bersama-sama lah kita kenang perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam..


14.2.11

It's 14th Feb...

Ok ok ni bukan nak citer pasal V Day..see se sampai malas nak sebut pon..haha..


HAPPY 36TH ANNIVERSARY TO MY BELOVED MUMMY & DAD


Wah ngko..dah 36 tahun usia perkahwinan..yes i know ada yang lagi lama dari tu..tapi if uol tahu about my family u akan kata "wow they'ol berjaya mempertahankan rumah tangga dorang sampai sekarang"..kalau couple lain mungkin dah 'selamat'..mummy adalah seorang yang penyabar..dia mewarisi sifat tu dari my late granny..same..my granny tu kalau sape dok kat tempat dia dah lama 'selamat' jugak..even i pon i tak rasa i sesabar dorang..

Back to my mummy..pada dia anak2 adalah yang paling utama..so apa2 pon yang dia buat adalah untuk anak2 dia..kira hidup dia adalah anak2 dia..jangan sape berani kata apa2 pasal anak2 dia..dia yang teruk2 besarkan..pepandai jer ko nak kata anak aku..belasah kang..ok ok tak..tu i tambah..selalunya kalau orang cakap2 pasal anak dia, dia tak la belasah ke ape ke..dia cuma defend anak dia in well manner..bukan cam orang lain yang maki hamun orang yang cakap pasal anak dia..dia cakap elok2 yang dia percaya anak dia bukan macam tu..

So far takde la plak orang datang rumah cakap "anak ko gini gini gini"..means yang buruk dan jahat2 punya benda la..ada la sekali dua masa kitorang kechik2 dulu jiran2 datang bagitau kitorang ada gaduh2 kat rumah & whatnot..biasa la..jiran..takde benda..suka sangat cari salah orang..suka pasang telinga..sebok nak tengok kain orang ada carik ke tak..yang kain dia carik tu tak nak plak dia tampung ke jahit..sebok nak jahitkan kain orang..

Not even orang la..husband sendiri cakap pon dia tak leh tahan..bila my dad start complaining about us dia akan defend habes2an..yer la sebab dia yang penat2 besarkan anak2 dia..dia tau la anak2 dia..that doesn't mean yang my mom tu ibu yang lembut lemah gemalai..dia punya garang tu mengalahkan singa betina yang hilang anak ok..kitorang dah besar2 cenggini baru berani ngan dia..dulu nak makan semeja pon takut..haha..dia tak boleh orang kata atau marah anak dia..dia kata dan marah tak pe..lepas dad habes complain jer..esok kena la..haha..kena leter bukan kena belasah..anak dah tua2 ni takkan nak belasah lagi kan..

Tapi apa pon..mummy is the best..yer la sape yang nak cakap mak orang lain the best kan..mesti la mak sendiri the best..my mom ni boleh la i katakan dia sebagai super woman..dulu masa kitorang kechik2 i wonder masa bila dia tido..u know my mom keje kat hospital..shift..malam pagi & petang..shift pagi & petang tu biasa la..malam tido la kan..bila dia shift malam..i takde plak nampak dia tido petang..dulu kechik2 kitorang tak pernah la makan lauk kedai..sebelum pegi keje mummy akan masak untuk anak2 dia..breakfast, lunch & dinner..sampai sekarang pon cenggitu..

Dia akan siapkan everything..dulu masa dia buat kuih untuk dijual lagi la..masa mana dia rehat pon i tak tau..me & big sis pon sama2 turun padang tolong dia buat kuih..macam2 kuih la kitorang buat..yesza i buat kuih ok..tak percaya kan..tanya la my mom..setiap hari 5 talam ok..balik sekolah jer ngadap tu dulu..tapi tapi..haaaa..ada tapi nya..jangan ingat i ni budak bengap tak school..dek kerana itu weol kuat semangat belajar sampai ke universiti..demi untuk tak mensia2kan pengorbanan mummy..sekarang mummy tak payah nak susah2 lagi..lepak rumah jer..tgk tv..cuti2 pegi jalan2 ngan i..haha..ok what..dia dah susah besarkan weol dulu..it's time for us to pay back..tak kawen pon takpe..janji i bleh jaga mummy sampai akhir hayat dia..

I asyik citer pasal mummy jer..dad plak apa hal kan..haha..dad..hmm..i have nothing much to say about him since kitorang jarang sangat dengan dia..he's a politician & poligamian..haha..so masa dia banyak habes kat luar dengan aktiviti2 politik dia..kitorang jarang2 dapat jumpak dia dulu..now dah pencen ni memang selalu jumpak la..pencen keje jer..politik tak mungkin pencen sampai bebila la..itu nyawa dia..itu hidup dia..dari segi kerjaya he's a successful man..dia capai apa yang dia nak..he's clean..itu prinsip hidup dia..tak kaya pon takpe..janji tak tanggung beban masalah yang dasyat2 melibatkan maruah dan harga diri..

Dari segi keluarga, he loves his mom very much..ofcoz..sape tak sayang mak..mean anak dan wife jatuh no 2 dan seterusnya..mak dia, my granny masih ada lagi..dia lawat my granny almost everyday..tak jauh..30 min jer dari rumah kalau bawak kete laju..sebagai seorang ayah..dia seorang yang penyayang..anak perempuan jatuh no 2..wife jatuh no 3..anak lelaki jatuh no 4..haha..he loves his daughter so much..pada yang cakap dia tak sayang anak2 dan keluarga dia tu memang salah la..mana ada ayah yang tak sayang anak dia walaupon anak dia tu jahat sekali pon..darah daging mana leh buang macam tu ja..apa pon keadaannya anak tetap anak..darah yang mengalir dalam tubuh anak dia tu darah dia kan..

I still remember bila my dad nangis bila my big bro masuk spital ada masalah kaki..and i still remember bila dia nangis sebab my big bro, his only son with my mom dah 35 years old tapi tak kawen2 lagi..i still remember bila dia nangis teresak2 masa kitorang beraya dengan dia..as anak2 dah besar2 semua..see..he loves his family so much..my dad bukan senang2 nak mengalirkan air mata ok..even time ayah dia ninggal pon takde la dia nangis sampai tersesak2..kechik ati ngan anak2 tu ada la..tapi takde la sampai dia benci or tak suka..biasa la..semua ibu bapa akan alami masalah kechik ati ngan anak2..manusia ni tak perfect kan..

Dan paling membangga kan..eceh...bukan perasan ok..i anak yang paling dia sayang la..chewah..this is true ok..my siblings semua pon cakap macam tu..sebab dia kata i paling memahami dia..yeke..i rasa i yang suka sangat bertekak dengan dia..bukan melawan ok..berbeza pendapat..berdebat..itu biasa dalam family weol..weol banyak berdiskusi dan berdebat..my dad is a politician remember..so berdebat tu memang biasa la bagi dia..i ajak dia ke mana pon dia akan cuba untuk penuhi..let say i ada keja kat kl..outstation..i mintak dia temankan i or hantar i pegi sana...dia definitely will say yes..dari dulu lagi..my sibling nak ajak all family keluar ke ape ke..they will ask me to tell my dad..i pon tak tau kenapa..seriously i bukan nak perasan...i selalu jadi suara dorang ni..cuma sekarang ni jer i dah malas nak jadi suara dorang..haha..nak, mintak sendiri..dah besor2 kan semua..

Tapi tak bermakna my dad sayang i jer..semua anak2 dia, dia sayang especially my lil sis..anak bongsu yang membanggakan..sangat bijak..pelajar pintar di univesiti..sekarang tengah sambung master di UTHM..yang tu memang sangat pandai mengambil hati..main air mata je..haha..nangis2 skit..cair la my dad..haih..memang tak bleh nak buat apa dah..manja tu..plus my lil sis ni rajin call dia tanya khabar..macam i nak call hapa memang dok jumpak dah kat rumah kan..

Mummy & dad..bukan saja husband & wife..tapi jugak best friend..they were best friend actually dulu..my dad dari sebelum kawen ngan my mummy lagi cerita semua benda kat my mummy..everything..mana dia pegi..dengan sape dia kawan..sape dia suka..semuanya la..tu la yang dikatakan jodoh kan..dorang kawen..sampai sekarang pon my dad takde best friend lain..my mummy la best friend dia..semua benda dia cerita kat my mummy..every single things takde rahsia..kongsi everything, every feelings, every story, gosip & whatnot..sebab mummy ni bukan jenis yang cemburu, cakap banyak or belagak pandai..mummy ni pendengar yang setia..dia dengar jer apa yang my dad cakap or cerita tanpa berkata apa2..kalau perlu baru dia komen..mungkin sebab tu dorang bleh bersama sampai sekarang..perhubungan kalau ada rahsia memang tak ke mana peginya..suami isteri jangan ada rahsia..itu i belajar dari dorang..my dad kalau ada masalah tak kisah la masalah keje ker anak2 ke keluarga ke mesti balik rumah..kat mummy la tempat dia luahkan rasa hati dia..so sweet kan..dan mummy plak lembut jer cakap ngan my dad..tak penah dengar dia jerit2 tempik2 tengking2 my dad..tak pernah nak marah2..my dad soh masak kol 4 pagi pon dia bangun masak..i need to learn that from my mummy..

Anyway enough about mom & dad..kalau nak cita sampai bila pon tak habes..haha..i wish both of them Happy 36th Anniversary...semoga perkahwinan dorang dilimpahi kasih sayang yang banyak..dilimpahi rahmat dan diberkati Allah SWT..dorang dah tempuh bermacam2 dugaan dan rintangan..dorang dah lalui macam2 tohmahan dan hasad dengki manusia yang cuba nak pisahkan dorang..tapi jodoh dorang sangat kuat dan cinta dorang antara satu sama lain sangat sangat kuat..makanya dorang bertahan selama 36 tahun bersama..kisah dorang sangat hebat untuk dijadikan pedoman hidup..i love them so much..thanks for being there for me, for us selama ni..thanks for everything..tak terungkap dengan kata2..We love you..



3.2.11

Krisis Mesir Meruncing !!!

Ceh..tajuk dah macam sari berita utama dah..tapi kan serius..day by day dengar berita mengenai krisis Politik di Mesir..haih..tak penah dengar macam ni punya teruk orang merusuh..actually memang kat Thai dan Iraq pon ada dulu..tapi tak plak la dengar sampai kerajaan kene hantar transport bagai nak bawak rakyat Malaysia balik..keadaan tu macam dah caca marba dah kat sana..macam panik giler..dengan makan semua takde..duit pon tak leh nak ambik..internet access n telephone kene block la apa la..haih..i tak dapat bayangkan kalau i kat sana macam mana,.takut..seram..sedih..sebak..macam2 la..paling kesian kes pelajar perempuan kita yang kena rogol kat sana..laporan bleh klik sini..haih..



Courtesy of Google


Dorang bertempur sesama sendiri, aku sepak ko, ko sepak aku, aku tumbuk ko, ko tumbuk aku..haih..apa la nak jadi..memang kat Thai lagi teruk tapi tak la sampai satu negara merusuhkan..ni sampai semua tempat orang merusuh sakan dah macam WWR dah..tak tau nak kesian ke nak meluat..Apsal nak bertempur sesama sendiri..ko nak pro kerajaan ke anti kerajaan ke diam2 dah la..tak payah la nak express sampai jadi macam ni..tak fikir ke anak isteri mak ayah adik kakak kat rumah tu..haih..



Align CentreCourtesy of Google


Daripada sebok nak merusuh tunjuk perasaan baik dok rumah dan fikir macam mana nak teruskan hidup esok hari..tengok apa yang dah jadi bila dorang mula nak tunjuk2 perasaan..penjara pecah..banduan terlepas..haih..see see..what had happened? dah la masalah politik menyerabutkan negara, ditambah pulak dengan masalah jenayah menjadi2..lagi masalah pelabur pelancong semua lari balik negeri..habes la ekonomi Mesir yang dibangga2kan tu..tu la..buat lagi hubungan dagangan dengan Israel..kan dah terima padah..haih..marah betul plak rasanya ni..



Courtesy of Google


Apa yang kita bleh wat sekarang ni, berdoa pada Allah semoga semua rakyat kita di sana selamat balik dan dijauhi dari bencana serta bahaya oleh Allah SWT..sedih betul baca newspaper hari ni..sebab dengan apa yang jadi di sana..bukan sebak kat rakyat dorang..sebak kat rakyat kita yang tak tau apa la jadi ngan dorang sementara nak tunggu dipindahkan..dah macam pelarian dah dorang kat sana..haih...banyak2kan berdoa dan berzikir ya..


Oh ya..kalau nak tau berita terkini tentang apa yang jadi di sana bleh ke 2 blog ni..i dapat dalam newspaper tadi..

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ <----student di sana sendiri yang update..i suka yang ni..
http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/ <-----di update sejam sekali tapi banyaknya diambik dari newspaper..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...